Paprik Ayam Thai Style

 Paprik mempunyai keunikan rasa iaitu kombinasi rasa serai dan daun limau purut yang kita infused dalam kepelbagaian sos dan kicap yang digunakan


Bahan bahan utama.

1. Ayam yang dipotong kiub.
2. 4 biji bawang putih diketuk
3. 1 biji bawang besar dihiris kasar.
4. Sebiji cili merah dihiris atau cili padi yang diketuk
5. Lobak
6. Kacang Panjang
7. Tomato
 

 
Inilah barisan sos dan kicap yang akan digunakan.

Biasa tak jeling jeling di ruangan masak dapur di restoran Thai. Berapa banyak bekas bahan bahan yang mereka cedok cedok dan masukkan dalam masakan yang kita tempah.

Mari kita bongkarkan ramuan tersebut. 😉😉😉

1. Sos Tiram
2. Kicap
3. Sos Tomato
4. Sos Cili
5. Sos Thai (sos yang selalu digunakan untuk deep sotong celup tepung atau keropok)
5. Sos Wortescershire (haha... ni tersauk sekali masa nak ambil gambar. Tak guna pun)
6. Serai Terbotol Anjaad
7. Daun Limau Purut Anjaad
 

 Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah.

 Apabila bawang naik bau, masukkan ayam.

 Masukkan Serai Anjaad dalam 1 sudu kecil.

Untuk tahu tentang perbezaan Serai Kampung dengan Serai Peha Ayam, boleh lihat posting saya sebelum ini perbezaan ke duanya.

 Masukkan Sos Tiram 2 sudu besar.

 Masukkan kicap 2 sudu besar.

 Masukkan Sos Tomato 2 sudu besar.

 Masukkan Sos Cili 1 sudu besar.

 Masukkan setengah cawan air.

 Tutup dan biarkan mereneh dalam 20 minit. Kacau sekali sekala.

Tiada dalam gambar. Saya masukkan 1 sudu Sos Thai. (Sos tersebut dah nak habis, masukkan sedikit air dalam botol dan goncangkan)

Hasilnya, emmm.. lagi sedap dan tak perlu tambah gula.

 Apabila ayam sudah empuk, masukkan segala mala sayur yang berkenaan.

 Masukkan Limau Purut. Limau purut ini infused rasa yang sangat unik. Saya guna limau purut Anjaad.

Mudah. Stok limau purut sentiasa ada di rumah. Nak memasak apa pun boleh selepas ini.

Siap masakan Paprik kita.

Alhamdulillah, cantik kejadian Ayam Paprik Ala Thai.

Saya tak masukkan garam dan gula kerana bahan bahan sos terutama sos tiram sudah mempunyai rasa masin yang kuat.

Lihat posting saya sebelum ini tentang tips masakan apakah perbezaan Sos Tiram dengan Sos Perisa Tiram.

sumber:  Rafiza Idayu

Comments

Post a Comment