[KUIH] Resepi Kuih Ketayap


Bahan-Bahannya:
Untuk Kulit:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 3 helai daun pandan
  • 1 1/2 cawan santan
  • 1 1/2 sdt garam
  • 2 sdm minyak masak
Beberapa titis pewarna hijau (jika perlu)

Bahan Inti:
  • 1/2 biji kelapa parut - ambil putihnya sahaja
  • 3/4 cawan gula merah - kalau tak suka manis, boleh kurangkan.
  • 1/2 sdt garam
  • 2 helai daun pandan - disimpulkan
  • 1/2 cawan air
  • 2 sdm tepung gandum

Cara Membuat Intinya:
  • Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
  • Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
  • Bila inti dalam keadaan agak-agak lembab, taburkan tepung gandum. Kacau rata. (Fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai).
  • Sejukkan inti.

Cara Membuat Kulitnya:

  • Blend daun pandan yang telah dipotong pendek-pendek dengan santan. Tapis dan perah.
  • Campurkan semua bahan kulit, gaul rata.
  • Masukkan adunan ke dalam blender dan kisar hingga adunan sebati. (guna kaedah ni, adunan tak perlu ditapis untuk mengelakkan tepung yang bergentel.
  • Panaskan kuali. Guna api yang perlahan.
  • Sapukan kuali dengan sedikit minyak. (Saya simpulkan sehelai daun pandan dan sapu minyak menggunakannya).
  • Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali.
  • Biarkan kuih masak. (Tidak perlu diterbalikkan. Cukup jika dilihat atasnya sudah berwarna hijau semuanya.
  • Angkat. Ketepikan.
  • Ulang langkah 5 - 8 hingga adunan habis. 
  • Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah dibubuh inti pada kuih dadar yang dah siap tadi.
  • Ambil sesudu penuh inti (nak lebih pun boleh). Letak di atas permukaan atas kuih. Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Ke tepikan. 
  • Bila proses memasak dan mengintikan sudah siap, bolehlah dihidangkan.

Comments