RESEPI NASI BERIANI SEDAP



Saya gunakan beras india, tapi you all boleh guna beras basmati yang dijual di supermarket.


5 cawan Beras basmati direndam dengan sedikit jus limau nipis (rendam setengah jam)

Doa membasuh beras
"Alhamdulillahil lazii aot'amanaa khoirom minhu"



Bahan-bahan tumis :
- kayu manis
- Bunga lawang
- biji cengkih
- buah pelaga
- 3 daun beriani/ daun bay

Yang blend tu halia & bawang putih



Sediakan hirisan bawang tomato cili hijau dan cili padi. segengam penuh daun pudina untuk dikisar dan dijadikan pes pekat.


Segengam penuh daun ketumbar dan segengam daun pudina diracik halus


3 cawan susus cair
1 cawan yogurt/tairu
2 sudu besar ghee (minyak sapi) - saya guna minyak sapi dari india, anda boleh guna brand yang QBB atau apapa sahaja yang boleh didapati di kedai, sebaiknya guna brand QBB (tin hijau penutup kuning), harum baunya



Bersihkan ayam (saya biasa akan buang kulit dan lemak)


Panaskan Ghee/ minyak sapi ... Tumis kayu manis, pelaga, cengkih, bunga lawang dan daun biryani sehingga naik bau


Masukkan pes halia bawang putih


Tumis hingga wangi


Masukkan ayam dan gaul rata


Masukkan pes pudina


Tumis dan kacau hingga rata. istigfar dan selawat 3x.. zikir penyedap makanan. terang hati anak-anak makan makanan yang kita masak sebut nama ALLAH.


Masukkan pula bawang merah, tomato, cili api dan cili hijau tadi


Setelah tomato dan bawang menjadi layu, masukkan 1/2 sudu serbuk kunyit


Masukkan juga 1 sudu besar rempah biryani


Gaul rata


Masukkan daun ketumbar dan daun pudina yang diracik tadi


Masukkan 2 sudu besar serbuk cili. kurangkan kuantiti jika tidak gemar pedas


Perasakan dengan garam


Masukkan 2 sudu besar tairu/yogurt


 Doa- doa sedikit semasa mengacau... Lai salahaa min duunillahi kaasyifah

kacau rata hinga semua bahan sebati


Tutup periuk


Tutup periuk sebentar dan biarkan masaala masak hingga pecah minyak


Untuk 3 cawan susu cair (guna cawan sama digunakan untuk menyukat beras tadi)


Masukkan 3 cawan air (guna cawan sama digunakan untuk menyukat beras tadi)


Perahan jus limau tadi.


Fasayakfiikahumullahu wa huwassamii 'ul 'aliim.

Masukkan beras yang direndam dan di toskan tadi




Tutup periuk dengan penutup


Setelah 15 minit ( agak-agak ye masa), amek garpu dan cuba gores dasar periuk, jika air sudah kering, maka sudah siap. gemburkan nasi dengan perlahan untuk mengelakkan nasi yang masih panas menjadi pecah dan hancur



Tabarakallah, siap...

boleh dihidangkan dengan raita (acar), telur rebus, kari dalca. ..sila tengok album saya untuk pelbagai jenis raita yang sesuai dimakan bersama.

Selamat mencuba..

Sumber : FB Zinnirah Muthalif II

Comments