RESEPI DAGING MASAK HITAM


.
Bahan-bahannya:
.
1 kilo daging segar
1 1/2 sudu jem strawberi
1 1/2 sudu mentega kacang halus (peanut butter)
5 sudu minyak sapi + 2 sudu minyak masak biasa
5 sudu kicap masin
5 sudu kicap manis Saus ABC
3 sudu kicap pekat
3 kuntum bunga lawang
4 bj buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 laras besar kulit kayu manis
2 helai daun pandan
1/2 keping asam gelugur
air secukupnya
garam dan gula secukupnya
.
Bahan untuk dikisar:
.
1 batang lobak merah
2 genggam kismis hitam
3 labu sederhana besar bawang merah
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 1/2 inci lengkuas
.
Cara penyediannya:
.
Potong daging saiz sederhana dan bersihkan
.
Perap daging dengan bahan kisar yang telah dibahagi dua, kicap masin, kicap manis ABC dan kicap pekat selama 15 minit.
.
Masukkan sekali jem strawberi dan mentega kacang. Gaul sebati.
.
Cairkan minyak sapi yg dicampur minyak masak tadi.
.
Tumis rempah ratus, dan separuh lagi bahan kisar dan daun pandan dalam kuali. Tumis hingga garing.
.
Masukkan daging yang sudah diperap tadi dan masukkan sedikit air untuk empukkan daging.
.
Biarkan daging masak dengan api sederhana kecil hingga sedikit kering.
.
Perisakan dengan garam dan gula secukupnya. Bila daging mula empuk, masukkan asam gelugur.
.
Masak lagi hingga daging betul-betul empuk.
Jika kurang empuk masukkan sedikit air lagi dan keringkan hingga empuk.
.
Padam api bila daging sudah masak..
.
Tips: Potong daging mengikut urat yang betul jika mahu daging cepat empuk dan tidak liat:)
.
.
Selamat mencuba..
Aneka Resepi Masakan
Sumber : Raden Galuh

Comments