CARA BUAT CILI JERUK ORGANIK


Cara2 membuat cili jeruk organik:

1. Masak air hingga mendidih dalam kettle. Then pergi potong cili.

2. Cili hijau besar dipotong seperti dalam gambar. Nak potong ikut saiz sendiri suka pun boleh. Potong serong pun boleh.
3. Letak dalam bakul lubang-lubang.

4. Basuh cili tadi. Alirkan cili pada air paip supaya biji cili boleh keluar. Masa ni kena tahan nafas sikit ya. Gas cili sangat pantas masuk ke rongga hidung. Hehe

5. Letak dalam bekas/mangkuk. Tuangkan air panas tadi. Biar ia berendam dalam 10 ke 15 minit. Layan fb, insta, shopee dulu... ngeee 😁

Cukup 10 ke 15 minit..... klik gambo sebelah utk next step...


Ok, step berikutnya...

6. Dalam botol kaca, (ikut kome nak pakai bekas lain pun boleh) bancuhkan 3 sudu madu lebah asli, setengah botol cuka apple. Kacau bancuhan ini hingga sebati.

7. Masukkan cili hijau yang telah direndam dgn air panas tadi. Mampatkan sikit. Jangan mampat sampai tak boleh tutup botol tu ye.. kiki emoticon

8. Then letak sedikit air suam (kira-kira 1/4 daripada kandungan botol tadi).

9. Ambil secubit garam asli/himalaya/garam pink, then taburkan dalam botol.

10. Tutup botol. Then goncang sikit untuk larutkan garam. Tak perlu goncang macam bancuh susu baby ye. Karang ada yang terpelanting karang. Botol cili jeruk ni berat...

11. Dalam 5 jam, dah boleh makan. Ajaib tak? Hebat kan?.

Kalau pakai cuka tiruan, dan gula, kena tunggu 3 hari ke 7 hari baru boleh makan dan hilang pedas cili. Bila lebih dari 14 hari, cili jeruk jadi lembik dan tak boleh di makan dah.

Yang saya buat pakai madu lebah dan cuka organik, within 1 ke 2 jam, rasa pedas cili dah berkurang, rasanya pula masih krup krap. MaasyaAllah... kecur ayaq liuq! Tak payah tunggu 14 hari, 2 ke 3 hari dah boleh habis cili jeruk yang superb ni. Kenapa superb? Sebab pakai bahan2 superb laaa... 😋



ni dia garam asli yang saya guna. Khasiatnya memang hebat. MaasyaAllah. Antaranya, ia boleh detox iaitu buang toksin berlebihan dalam badan. Toksin berlebihan boleh menyebabkan darah beracun. Nauzubillah!


Taraaaa... dah siap... kecur ayaq liuq... slurp... 😘😘😘

Rasa dia lain dari yang lain tau. Ada rasa madu dan cuka apple... memang tak sempat 3 hari ni.

Kalau pakai cuka tiruan, perut yang tak tahan tu akan rasa sakit perut. Saya memang tak boleh makan cuka buatan. Bila makan gerenti pedih perut macam kena ulser. Uihh... sakit oooo...

Thats why saya ganti cuka buatan dgn cuka organik. Ia baik utk perut saya. Tak semestinya cuka apple, cuka delima pun boleh, cuka kurma pun boleh untuk cili jeruk ni. Yang sebaiknya ialah yg ada serdak/keladak cuka tu. Kat situ ada banyak prebiotik. Prebiotik baik utk perut kita. Nak tau prebiotik tu ape, try cari dekat encik google ye... hehe..

Peringatan : walaupun ia baik untuk perut, makan cili jeruk sampai sebotol habis dalam 1 masa pun boleh menjejaskan perut. Karang ada yang ceri beri karang. 😁




Ini yang sudah 36 jam dalam botol. Masih krup krap

Yang cili padi nak join sekali tu  saje saya baru letak.


Koleksi Resepi Sedap

Comments