Resepi Masak Lemak Cili Api Daging Salai


Kau dah siap masak makan malam ke belum? Aha abang baru sahaja siap. Kebetulan emak mentua beli daging salai setengah kilo. Memang sedap sangatlah jika dibuat masak lemak cili api.
Untuk masak lemak cili api menggunakan daging salai, ada berbagai cara dan kaedah. Semuanya betul. Tak usah kau nak bergaduh. Itu karang mulalah ada yang mengaku masakan ini original dari negeri ini, kemudian yang kat sana mengaku nenek dia berketurunan cili yang mewarisi segala masakan salai-salai. Ah suka kau. Nak bergaduh, pergi jauh. Abang nak masak.

Masak Lemak Cili Api Daging Salai.
Bahan-bahannya ialah:
500gm daging salai, kau boleh beli sahaja sekarang.
1 genggam cili padi / cili api / cili kecil **
3 helai daun kunyit
3 inci kunyit hidup**
2 biji bawang besar **
2 inci halia **
3 batang serai muda **
5 ulas bawang putih **
500gm santan.
2-3 cawan air
1-2 sudu besar serbuk kunyit
5 biji kentang
5-7 helai asam keping
Garam
Cara-caranya kau tengok di gambar ya. Share sahaja, tak usahlah kau susah nak taip mohon mohon itu ini.



Ini semua bahan-bahan bertanda **, kau kisah dengan 1 cawan air. Ingat, masakan gulai kisar dengan air. Masakan goreng atau perapan kisar dengan minyak. Sebab apa? Ah malas dah nak jawab.


Ha kisar.


Kahkahkah. Terlupa serai muda. Masukkan sekali dan kisar.


 Halus macam ini. Kalau kau nak muat masker bagus juga.


Masukkan santan dalam periuk. Buka api.


Masukkan bahan kisar. Tetiba kau rasa santan tak cukup, boleh je tambah seketul yang masih beku. Tak ada halnya.


Kemudian kau buka daging salai ini. Biasanya tak payah basuh dah. Dah bersih dan dah siap salai. Siap boleh makan gitu sahaja. Kau nak beli, kau cari Kak Masterchef Rosemah Ibrahim Gomabonasalai. Beliau punya daging salai paling power di dunia.


Dah masuk semua. Kau boleh masukkan kentang.


Lepas itu nampak macam warnanya tak berapa lawa, kau masukkan sedikit serbuk kunyit. Ha barulah kuning betul. Emak mentua kau mesti puji.


Dah mendidih, masukkan daun kunyit.


Sambil kacau- kacau, kau makanlah ais krim potong durian. Kahkahkah sedapnya.


Dah siap semua. Kentang dah empuk, kau masukkan asam keping dan garam. Kacau sikit. Kalau pekat, kau tambah air sikit.


Rasa dulu. Kalau dah ok, kira siap! Alhamdulillah.

Selamat mencuba! Jemput kongsikan kalau kau suka! Senang sahaja, kan?

Comments