Resepi Siakap Stim Limau Ala Thai "Pla Gapong Neung Manao"..



Seekor ikan siakap dicuci bersih.



  • Bawang putih 
  • Stok ayam ( kalau takde boleh guna 1 kiub pati ayam kacau dgn 1/2 cawan air panas)
  • Cili api merah
  • Daun limau
  • Serai
  • Halia
  • Daun ketumbar
  • Limau nipis
  • Sos ikan ( 5 sudu besar)
  • Garam & gula secukup rasa



Bahan2 yang telah dicincang dan dihiris..


Serai dikerat serong kasar, daun limau dikoyak2 kan shj.. kemudian sumbat semua serai, daun limau & juga halia dalam perut


Sediakan bekas yg sesuai mengikut size ikan ye.. letakkan dalam periuk kukusan..


Curahkan dgn stok ayam...


Satukan...

  • bawang putih yg telah dicincang, 
  • cili api merah, 
  • perahan limau nipis, 
  • sos ikan, 
  • garam & juga gula 

...dalam satu mangkuk dan gaulkan sebati.. rasa dulu ye jgn lupa..ketepikan..


Setelah air kukusan mendidih bolehlaa kukus ikan selama 20-25 minit ye.. atau hingga ikan betul2 masak..


Ok.. selepas ikan masak boleh laa diangkat ye..


Curahkan dengan bahan2 yg telah disatukan tadi bersama daun ketumbar.. siapp

sumber: Adnilsam Apat

Comments