Resepi Rendang Ayam Mertua Sayang

RENDANG AYAM MAK MERTUA SAYANG.
RESEPI CAMPAK-CAMPAK JE

Resepi bakal mak mertua terbeliak biji mata, tergamam, kembung perut sbb byk sangat makan rendang awk. sedap katanya.. hahaha..
Hari ahad adalah hari rehat dan bersantai kami. Dah jemu post gambar tuala hantaran. Jadi hari ini kami post resepi pulak.
Resepi ini main campak-campak je. bahan pun main agak-agak je. nak cari pun tak de la susah sangat.
sila la share kat bakal pasangan awk ya.. hihihi
Kredit FB: Tuala Hantaran Bersulam
==========
Bahan-bahan
==========
  • Halia 1 inci
  • Kunyit 1 inci
  • Lengkuas 1 inci
  • Serai 5 batang
  • Bawang putih 10 biji
  • Bawang Besar 1 biji atau 2 Biji
  • Ayam kampung / Ayam daging 1 ekor

Potong dan masukkan kedalam balang kaca.
ini balang kuih raya kitorang, beli kat IKEA. oleh kerana hari ini bukan hari raya jadi kami buat bekas utk blend bawang. hihihi..

TAK DE balang nie jgn risau. guna blender je.

Blend sampai hancur.
sy guna hand blander senang kerja. nak basuh pun tak susah. kerja jadi senang.

Masa blend bahan-bahan tadi sy rasa pelik. Apa pasal kuning? Laaa.. baru teringat. lupa letak cili kering. Adoii..
 Rendam Cili kering semangkuk dengan air panas. kira agak-agak je.
Bila dah kembang tos dan buang biji cili. masukkan cili kedalam balang tadi dan blend semula sampai hancur.
Dah siap pun. guna hand blender nie memang best. cuci pun senang. bekasnya ada tapi sy suka guna balang kaca sebab warna kunyit senang dibasuh dan tak melekat.sy beli online je.

Masukkan santan pekat. Bukan santan kotak tau. sy beli RM2 je. bila dah mula merenek masukkan bahan bahan yg sudah di blend tadi. Jangan masukkan semua. masukkan separuh atau lebih sikit. biasanya bahan-bahan tadi boleh masak utk 2 ekor ayam.
 bila dah gaul masukkan ayam tadi. jangan lupa masukkan garam dan serbuk perasa sekali.
ini pula bahan yg bukan dikisar.
Kerisik 1 pak
Daun limau purut
3 helai daun kunyit - dihiris halus-halus
 Campurkan kesemua bahan tadi dan gaul.
ok dah siap. kalau rasa-rasa belum lembut tambah air sikit-sikit ya. kemudian gaul sampai kering.
jgn lupa bubuh air asam jawa. petua org tua klu bubuh air asam masa awal-awal nnti daging liat.

Comments