Resepi Kari Ikan Merah

Dah penat dengan seminar hari ini, mari kita tambah tenaga dengan makan kari ikan merah. Sedap woih.
Kari keluarga kami memang tak ada santan. Nak masak pun senang amat dan kurang kos. Kahkahkah. Santan mahal sekarang woih.
Kau kalau laki asik ke mamak, maka resepi ini power sekali untuk kembali menawan perutnya. Baik, mari selinsing lengan dan ke dapur dengan gayanya.
Kari Ikan Merah.
Bahan-bahannya ialah:
  • 5-7 keping ikan merah yang dibeli di pasar dekat dengan rumah kau siap potong dan buang perut. Kahkahkah. 
  • 3 biji tomato yang tak berapa masak. 
  • 5 biji cili hijau.
  • 5 sudu besar rempah kari ikan.
  • 3 biji bawang besar India.
  • 1 sudu besar serbuk cili.
  • Sejemput kecil asam jawa. 
  • 1 batang kayu manis
  • 3 kuntun bunga lawang
  • Sedikt cengkih
  • 1 sudu kecil biji sawi
  • 1 sudu kecil halba
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 3 tangkai daun kari 
  • 1 biji terung 
  • Garam secukup rasa. 
  • Beberapa cawan air.

Cara-cara kau tengok gambar ya.
Share jelah. Siapa tulis mohon share, abang malaih layan.

Hiris bawang macam ini guna chopping board baru warna putih. Baru lawa ambil gambar. Haha


Masukkan sedikit minyak guna periuk. Kau guna kuali pun boleh. Jangan guna oven udah.



Masukkan bawang dan semua rempah kasar yang ditulis awal tadi. Sekali tak berdesit. Kahkahkah lupa bukak api. Hahahaha. 

Ok serius, jika biji sawi masih tak melompat, teruskan menumis. Jika tidak, kari boleh jadi pahit. Dia perlu melompat bintang menandakan biji sawi itu sudah cukup masak. 

Kalau kau terlupa letak masa tumis, tak payah letak masak akhir atau tengah-tengah. Ia juga tetap akan pahitkan kari kau. Biar ajelah. Reda dan pasrah tidak ada biji sawi.


Dah elok semua naik bau. Kau masukkan satu cawan air. Gunalah cawan kau yang paling cantik.


Lepas itu, kau cairkan rempah kari dan serbuk cili dengan satu cawan air juga, dan masukkan. Kacau rata guna senduk kayu.



Masukkan terung dan tomato. Kau tanya macammana nak potong terung, abang luku kau.


Masukkan cili hijau yang disamurai belah dua. Bukan belah tengah, kau paham ke tak ni? Kacau rata.


Masukkan daun kari.


Dah kenapa gambar ini terbalik. Dah macam abang guna tangan kiri pula. Ituha sejemput kecil ikut saiz tangan abang. Disebabkan rajin menampar kau orang, tangan abang sedikt besor. Kau cairkan dengan 1 cawan air dan masukkan ke dalam periuk kari tadi. Kau masukkan kat periuk sebelah, memang sekali lagi kau kena tampar.


La gagal pula gambar ini. Ini gambar masa nak masukkan garam. Dah menggelegak elok, terung pun dah masak, eloklah kau siap sedia nak masukkan ikan.


Lepas itu masukkan ikan. Susun sahaja dan tak payah kacau dah. Kau tengok mata ikan itu pandang kau. Kahkahkah, konon ngeri latu. Biasanya dalam 5-7 minit ikan dah masak. Rasa dulu sikit kuahnya kalau masih tawar, masukkan sedikit lagi garam ya. Kurangkan kacau supaya ikan tak hancur.

Terbalik sekali lagi. Dah kenapa iphone6 abang ni tak tahulah. Dah siap ni! Selamat mencuba ya! 

Share bebanyak tanpa ragu tanpa gelisah. Abang doakan kau berjaya tawan perut laki kau sekali lagi. Cewah.

Comments