RESEPI NASI TOMATO BERSAMA AYAM MASAK MERAH


NASI TOMATO BERSAMA AYAM MASAK MERAH

BAHAN NASI TOMATO:

  • 500gm beras
  • 2 ulas bawang putih | dihiris
  • 3 ulas bawang merah | dihiris
  • 1 biji bawang besar | dihiris
  • 125gm minyak sapi
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2.5sm kulit kayu manis
  • 190gm pes tomato
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
Cara-caranya:

1.Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan bunga cengkih, kulit kayu manis dan bahan hiris sehingga kekuningan.
2.Selepas itu masukkan pes tomato. kacau sehingga pecah minyak.
3.Masukkan beras, air secukupnya dan garam secukup rasa. Kacau rata.
4.Tutup periuk dan tanak sehingga masak. Jika suka boleh letak kismis.
5.Hidangkan bersama Ayam Masak Merah tadi.

BAHAN AYAM MASAK MERAH
  • 1 ekor ayam - potong kecil dan dibuang kulit
  • 20 tangkai cili kering - dikisar
  • 7 biji bawang merah kisar
  • 3 ulas bawang putih kisar
  • sedikit halia kisar
  • sedikit lengkuas kisar
  • 5 batang serai kisar - ambil bahagian yang putih sahaja
  • 1 cawan santan pekat
  • sos tomato secukupnya
  • serbuk kunyit
  • garam
  • sedikit asam jawa
  • gula apong

Cara-caranya:

1. Lumurkan ayam yang dipotong dengan sedikit serbuk kunyit dan garam secara merata. Panaskan minyak dan goreng hingga 3/4 masak. Ketepikan.
2. Dengan minyak lebihan goreng ayam tadi (kalau banyak sila kurangkan terlebih dahulu) tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan santan dan kacau lagi.
3. Tambahkan garam, gula dan asam jawa secukup rasa dan kacau sebati.
4. Masukkan sos tomato dan kacau lagi.
5. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan dengan bahan-bahan tumis hingga sebati.
6. Kacau sekali sekali dengan api sederhana hingga ayam dan bahan-bahan tumis tadi benar-benar mesra, bolehlah dihidang.


Resepi Orang Kampung

Comments