RESEPI TEPUNG PELITA PALING SEDAP DAN SGT LARIS!

RESEPI TEPUNG PELITA PALING SEDAP DAN SGT LARIS!
Ramai yg mengadu kuih dh mahal, nak dpt yg sedap susah! Paling susah nak cari kuih tepung pelita! Nahh resepinya:

Assalamualaikum.. Mak saya kirim salam. Mak cakap nak share resepi tepung pelita yg mak jual tiap tahun kat bazar ramadhan.. Mak nak tunjuk drpd buat kelongsong smpai siap.. Resepi ni mudah sbb x perlu kukus..tp sedap dan wangi sebab pakai daun pandan..
Mak cakap,mak alu-alukan sangat kalau ada orang yg nak buat niaga..
Resepi,
Dpt 50-60 biji mengikut saiz acuan
Bahagian bawah:
  • Tepung beras 1 cawan
  • Gula 1 cawan
  • Air pandan setengah cawan
  • Air putih 5 cawan
  • Pewarna hijau
Cara-caranya:
  • Satukan semua bahan dan kacau sebati..
  • Lepastu masak atas api.. Kacau tanpa henti lebih kurang 15 minit.. Bila adunan mula pekat,kecikkan api.. Teruskan kacau sampai adunan jadi pekat berkilat dan meletup2..
  • Tuang dalam acuan semasa masih panas ye..
Bahan utk lapisan atas:
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan santan drpd sebiji kelapa
  • 3 cawan air
  • 1 sudu gula
  • Seikat daun pandan
  • Secubit garam.
Caranya sama mcm buat bahagian bawah.. Campurkan semua bahan sampai sebati..lepastu masakkan atas api..
Tahun ni mak x niaga sbb saya x meniaga..sebab saya ada baby kecik.. Tapi mak dapat tempahan utk hantar kat masjid..setiap hari..
Doakan mak saya sihat dan murah rezeki ye😄
#edit.. Mak ckp mak halalkan ilmu ni.
#boleh share kalau sudi😃
*p/s: jika anda mahu lembik atau lbh keras blh tambah bahan2 lain. Ikot suka anda.
Kredit to : Murni Rahmat ( Masak Apa Hari Ini - MAHI)
Nota: Vidoe adalah resepi yg ditambah bahan utk bg lebih keras. Tp klu tak letak bahan tambahan ianya masih jadi spt biasa.

Viral Oh Viral

Comments