Resepi Gulai Ayam Kelantan
Afy pecahkan rahsia cara memikat gulai ayam dengan gaya sendiri.
Bukan kari ayam biasa.Yang makan pasti terpesona dengan keistimewaan rasa yang berbeza.
|
Rupa gulai ayam yang menambat hati sesiapa sahaja. |
|
Pes gulai ayam ( 5-6 ketul ayam)
*3-4 biji bawang merah( saiz syiling 20 sen) *1 ulas bawang putih *Sehiris nipis lengkuas *Sehiris halia *3 hirisan serai *1/2 sudu kecil ketumbar *1/2 sudu kecil jintan putih Semua bahan bertanda * dikisar sekali sehingga lumat. |
|
Panaskan 2 senduk minyak. Tumis terlebih dahulu 3 sekawan( 1/2 batang kayu manis, 3 biji pelaga dan bunga lawang). Lepas naik bau, masukkan bahan kisar yang bertanda * terlebih dahulu.
Setelah garing, masukkan 1 sudu besar cili kering. ( Taknak letak pun takpa) Kacau rata. Biar semuanya masak sebati. |
|
Masukkan 3 sudu besar serbuk kari. Kacau rata. Tambahkan 1 sudu besar serbuk kerutuk untuk rasa yang berbeza.
Terus tuang air asam jawa. Kacau rata. ( secubit asam jawa + 3/4 gelas air)
Tunggu pes sehingga mula pecah minyak sebelum langkah seterusnya. |
|
Masukkan 1/4 sudu besar garam, 1/2 sudu besar gula putih, 1/2 sudu besar gula perang dan sedikit perasa ( rasa pada peringkat awal) Kacau rata.
Kemudian, masukkan ayam yang dibasuh bersih guna gandum. Barulah ayam bersih tanpa bau hanyir. Balik-balikkan biar sebati dengan pesnya. Guna senduk kayu supaya isi ayam kekal terbentuk.
Seterusnya, tutup periuk dengan tudungnya.
Biarkan ia mereneh selama 20 minit. |
|
Yang dalam sudu tu gula perang ( guna nise Kelate boleh, gula Melaka pun boleh) Wajib masukkan untuk warna gulai lebih cantik.
Masukkan gula perang sebanyak 1 sudu besar penuh, 1/2 sudu besar gula putih, 1 sudu besar garam dan 1/2 sudu kecil serbuk perasa Kacau rata.
*Kuantiti terpulang pada citarasa sendiri. |
|
Masukkan pula 1/4 cawan kecil santan kotak pekat jenama M&S. Jangan terlebih, nanti mengganggu rasa dan warna. Juga masukkan 1/3 gelas air.
*Kalau air waktu mereneh ayam tadi masih banyak, kurangkan air kosong yang perlu dimasukkan. |
|
Kerisik 1 sudu besar. Ini juga salah satu tips gulai menjadi sedap. Masukkan tanpa was-was.
Tutup api selepas gulai sudah mendidih dengan rasa yang cukup segalanya. |
|
Siap untuk dinikmati. Gabung sekali dengan sambal cili kering. Rasanya tentu memikat jiwa. |
Comments
Post a Comment