Resepi Kuey Tiaw Kung Fu Hot


Kuey Tiaw Kung Fu Hot
Balik sekolah tadi otak dah sendat. Kebetulan hujan renyai-renyai. Takda menu lain dah sesuai, melainkan kegemaran cikgu dan suami yang satu ni.
Nak buat pun tak renyah. Sekejap je dah boleh makan. Habis licin. Puas hati buat sendiri kan. Boleh masuk sayur lebih. Haa

Kawan-kawan cikgu boleh komen ye kalau suka resepi cikgu ni.
Selamat mencuba.
#resepicikguafy
Kredit: Afy AL Habibi
Segenggam kuey tiaw. 
(Cikgu guna yang halus, lagi sedap)

Pecahkan sebiji telur. Kepukkan seketika. Masukkan secubit kecil sahaja garam.

Satukan kuey tiaw dan telur dalam mangkuk.
Kacau rata.

Panaskan sedikit minyak. Masukkan kuey tiaw dalam kuali. Goreng sehingga kekuningan.

Cikgu suka kedua-dua bahagian garing. Sebelum tutup api, boleh guna api besar untuk menghasilkan bau macam kat kedai tu. Haa.

Boleh angkat dan ketepikan.

Panaskan lagi sedikit minyak. 

Tumis sehingga kekuningan 3 ulas bawang putih yang telah diketuk. Masukkan juga 2 tangkai cili padi.

Kemudian, masukkan lauk pilihan. Cikgu letak isi ayam yang dihiris nipis, udang dan sotong. Biarkan ayam keluar sedikit minyak.

Seterusnya masukkan 4 biji lada hitam yang telah ditumbuk dan 1/3 sudu besar serbuk lada putih.

Kacau seketika.

Masukkan pula 1 cawan air kosong. Boleh masukkan sedikit hirisan carrot.

1/2 sudu kecil garam bukit dimasukkan setelah kuah mula mendidih.

Juga sedikit perasa secukup rasa Knoor/ perencah Hilal. 

* penggunaan garam terpulang kepada citarasa masing-masing.

Masukkan sayur kailan yang telah dipotong.

Terus masukkan air tepung jagung ( 1/4 cawan air + 3/4 (per) sudu besar tepung jagung)

* terpulang kepada kepekatan yang diinginkan.

Akhirnya, tuangkan 1-2 sudu besar telur. Seeloknya guna telur putih untuk keaslian warnanya.

Masa tuang, angkat dari sudut tinggi dan kacau laju-laju. Masukkan sekali hirisan cili merah untuk menaikkan warna. 

Siap untuk kuah yang memuaskan hati. Tak pekat sangat, tak cair. Puas hati.

Tuangkan kuah atas kuey tiaw yang telah digoreng tadi. Taburkan sedikit bawang goreng.

Nikmati ketika panas-panas. Aduh tak sedar sekejap je habis.

Selamat mencuba.

Comments