Resepi Nasi Bungkus Ayam Gulai Cincang Kelate


Resepi Nasi Bungkus Ayam Gulai Cincang
Kelainan ayam gulai untuk kali ni cikgu guna bahagian ayam yang bertulang/ kopeh (bahasa Kelantan). Ayam dicincang untuk menyedapkan lagi rasa gulai.
Untuk tips bergambar paru goreng garing, resepinya akan menyusul nanti ye.
Boleh kongsi sekiranya bermanfaat.
Selamat mencuba.
#resepicikguafy

Kredit: 
Afy AL Habibi
Bahan kisar

*4-5 biji bawang merah( saiz syiling 20 sen)
*1 ulas bawang putih
*Sehiris nipis lengkuas
*Sehiris nipis halia
*2 hirisan nipis serai
*secubit ketumbar
*secubit jintan putih
Semua bahan bertanda * dikisar sekali sehingga lumat.

Panaskan minyak secukupnya. Masukkan 3 sekawan. Kemudian tumis bahan kisar tadi hingga naik bau.

Masukkan pula 1/2 sudu besar cili kering kisar. Tumis sehingga cili masak.

Kemudian masukkan 3 sudu besar rempah kari.
*gunakan api perlahan sahaja.

Untuk kelainan rasa gulai dan menaikkan aroma, masukkan pula 3/4 sudu besar rempah kerutuk.

Terus tuangkan air asam jawa.
( secubit asam jawa + 3/4 gelas air)

Tutup dengan tudung periuk sehingga pes pecah minyak cantik.

* gunakan api perlahan sahaja

Masukkan perasa peringkat pertama:
- 1 sudu besar gula
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil perasa Hilal

Gunakan ayam bahagian bertulang.
Potong cincang ayam tersebut sebelum dicuci bersih.

Masukkan semua ayam yang telah dicincang tadi dalam pes yang telah pecah minyak.

Tutup tudung periuk.

Biarkan semuanya mesra dan sebati kira-kira 1/2 jam dalam api perlahan.

Kemudian masukkan 1 1/2 sudip santan kotak. 

* boleh tambahkan air sedikit jika gulai terlalu pekat

Setelah ia mendidih, masukkan perasa peringkat kedua mengikut citarasa masing-masing.

Masukkan 1/2 sudu besar kerisik.
Biarkan gulai terus mendidih perlahan-lahan dalam api perlahan.

Boleh tutup api selepas 10 minit.

Siap untuk kuah gulai yang beraroma dan sedap!

Untuk kelainan, makan nasi yang dibungkus dalam kertas pembungkus selepas 15 minit.

Tambahkan paru goreng garing dan ayam cincang goreng serta sambal belacan kasturi.

* untuk tips paru garing, resepinya akan menyusul nanti.

* resepi sambal cikgu dah kongsi sebelum ini.

Comments