Resepi Pajeri Terung Cikgu Afy Sapu Licin

Pajeri Terung.
Afy,
Penat boleh jadi hilang.
Tengok semuanya licin dari pandangan.
#resepicikguafy
Kredit: 
Afy AL Habibi 
Pekat memikat

1. Bahan kisar.

. 2 biji bawang merah saiz bola pingpong
.1 1/2 sudu besar udang kering ( Afy guna saiz paling halus)
. Sehiris halia dan lengkuas
. 1 sudu kecil jintan putih
. 1 sudu kecil rempah ketumbar

Kisar semua bahan di atas dengan sedikit air sehingga lumat.

2. Panaskan minyak secukupnya. Tumis 3 sekawan hingga wangi. 

. Terus masukkan bahan kisar tadi. Jangan lupa kacau guna senduk kayu yang Afy paling sayang. Aha

3. Sebelum masukkan rempah kari, masukkan 1/2 sudu kecil cili kisar ye. Afy lupa masukkan tadi. Kacau rata.

Barulah masukkan 3 sudu besar rempah kari timbang. Guna api yang kecil sahaja.

Kacau pes seketika.

4. Terus masukkan air asam jawa secubit diramas dengan 1 gelas air kosong.

5. Biarkan pes tadi mendidih sehingga pecah minyak.

Barulah warna masak pajeri nanti berkilat cantik.

6. Masukkan 1 1/2 sudu kecil garam, 1/2 sudu besar gula merah atau nise Kelantan dan 3/4 sudu besar gula. 

Kuantiti rasa terpulang kepada citarasa masing-masing ye. Atau boleh masukkan sedikit demi sedikit untuk langkah selamat.

7. Masukkan santan kotak. Afy sukat dengan sudip kayu sebanyak 3/4 sudip. 

Jenama kegemaran Afy semestinya M&S. 
Suka sangat.

8. Tambahkan dengan 1/2 gelas air kosong.

Mungkin saiz gelas kita tak sama, jadi masukkan sedikit demi sedikit dulu. Tengok atas kepekatan yang diingini.

9. Kemudian, masukkan 1/2 sudu besar kerisik. Kacau rata.

10. Masukkan pula terung yang dibelah 4. Jangan putus sampai ke hujung tangkai pula. Haa.

11. Balik-balikkan sehingga terung bertukar warna dan masak sepenuhnya. 

Biar terung sebati dengan kuah pajeri.

12. Akhirnya setelah terung masak, Afy akan keluarkan semula 3 sekawan yang ditumis tadi.

Sebab Afy tak suka biar ia terendam lama. Nanti mengganggu rasa.

Beginilah pajeri terung yang memikat rasa kuahnya.

Comments