Resepi Sambal Bilis Petai Terangkat



Resepi Sambal Bilis Petai.
Ada sedikit kelainan Afy tampilkan dalam sambal tumis kali ni. Nak tahu kena tengok pada setiap gambar eaa.
Dapat satu mangkuk lauk ni pun dah suka hati. Boleh komen Suka/Save/Share untuk panjangkan lagi resepi unik dari Afy ye. Terima kasih❤️
Afy,
Pencinta sambal turun-temurun.
#resepicikguafy

Kredit: 
Afy AL Habibi 
- 2 biji bawang merah saiz bola ping pong
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 biji bawang Holland
- 1 genggam ikan bilis goreng
- 1/4 hiris nipis halia

* kisar semua bahan hingga lumat dengan sedikit air sahaja.

Kemudian tumis sehingga naik bau.

Masukkan 2 1/2 sudip cili kisar.

* Afy guna cili kering kerinting sepenuhnya. Kalau tak tahan pedas, boleh campur dengan cili kering saiz besar.

Lepas masukkan cili, gunakan api perlahan sahaja. 

Tutup kuali dengan penutup selama 12 minit.

Biarkan cili masak hingga pecah minyak.

Seterusnya, masukkan
- 2 1/2 sudu besar gula Melaka hancur
- 3 sudu besar gula putih
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil serbuk perasa Hilal

* Boleh masukkan sedikit demi sedikit.
* Segala sukatan terpulang kepada citarasa sendiri

Tutup semula kuali selama 10 minit.

Masukkan 1 1/2 genggam ikan bilis yang ditumbuk. 

Di sini kelainan rasa yang Afy suka. Lagi sebati dan lembut ikan bilisnya.

Tambahkan juga 3/4 cawan kecil air.

Kacau rata. Tutup semula kuali. Biarkan ia mereneh selama 15 minit.

Tambahkan 1 genggam ikan bilis goreng.

Balik-balikkan.

Masukkan bawang besar Bombay/ Holland yang dipotong membulat. Goreng seketika untuk terbit bau wangi.

Juga beberapa ekor udang yang digoreng sekejap.

Tutup api selepas 5 minit.

Selepas sambal disejukkan, barulah ditambahkan petai yang telah digoreng seketika untuk menaikkan warnanya.

Selamat mencuba!

Siap sempurna!

Comments