Resepi Taufu Fa Pasar Malam Yang Sedap Sangat Untuk Dicuba
Bahan Resepi Taufu Fa Pasar Malam :
- 300 gram kacang soya
- 2.5 liter air
- 2 helai daun pandan
- 2 sudu makan tepung jagung
- 1 sudu teh serbuk GDL (glucono delta lactone)
- 1 cawan gula perang
- 2 cawan air
- Sehelai daun pandan disimpul
-------------------------
Cara Penyediaan Resepi Taufu Fa Sedap :
#1: Rendam kacang soya selama 5 – 6 jam dan basuh bersih. Kisar kacang soya bersama air dari 2.5liter. Kemudian tapis hasil kacang soya yang dikisar menggunakan kain kasa putih atau penapis. Tambahkan semua baki air.
Masukkan air soya yang 2.5liter ini ke dalam Periuk A. Ambil 2 cawan air soya ini dan masukkan ke dalam bekas bersama tepung jagung dan juga serbuk GDL.Kacau sebati dan pindahkan masuk kedalam periuk/bekas besar daripada Periuk A sebab nanti kita akan pindahkan air soya ke bekas ini.Kami panggil Bekas B.
Kami beri resepi taufu fa yang dijual di pasar malam tu dengan tips untuk anda cuba. Ini bukan cara ekspress yang guna agar-agar ya. Sedap sangat taufu fa.
#2: Air soya dalam Periuk A dimasak bersama 2 helai daun pandan simpul dengan api besar dan sentiasa kacau untuk elak air soya berkerak di bahagian bawah. Kacau hingga mendidih dan membuih ke atas barulah tutup api.
Tuang air soya ini ke dalam Bekas B dan ingat jangan kacau.Tuang sahaja sampai habis dan buang buih yang terdapat dalamnya.Buang semua ya.
Tunggu selama sejam untuk ianya mengeras.Sementara tu boleh la masak air gula perang untuk dimakan bersama nanti.Caranya senang, masukkan semua bahan dan sampai mendidih.
#3: Nak makan, ambiki taufu fa yang siap tu lepas tu campur dengan air gula dan masukkan ais jika mahu. Sedap betul makan panas-panas ni.
sumber:Hantu Makan


Comments
Post a Comment