Resepi Sotong berempah bersama telur rebus


Sotong berempah bersama telur rebus

600gm Sotong size sederhana dicuci bersih dan dikelar tapi tak putus ye...dan direbus sekejap je.. Kira2 3/4 masak..air rebusan jgn buang ye..

BAHAN:
  • 5 sudu besar rempah serbuk kari daging
  • 1 biji bawang besar holland (serdehana) dihiris.
  • 2 biji bawang besar (sedang) di kisar.
  • 3 ulas bawang putih dikisar
  • 1 inci halia dikisar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih,
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis,
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil gula pasir.
  • 1 btg kulit kayu manis,
  • 5 kuntum cengkih,
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 tangkai daun kari.
  • 3 cili hijau atau merah dibelah dua memanjang.
  • 1/3 cawan santan
  • 6 biji telur ayam yg telah di rebus( kalau nak guna telur brg puyuh pun boleh)
  • Minyak Masak untuk tumis dan Garam secukup.

CARA-CARA:

  • Bila kuali panas masukkan minyak masak. Bila minyak panas, tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga..

  • Bila bau haruman naik, masukkan hirisan bawang besar holland..Agak2 hirisan bawang mula bertukar warna keemasan, masukkan kisaran bawang putih, kisaran halia serta 3 tangkai daun kari tadi..

  • Kemudian masukkan bawang besar yg telah dikisar.. Masa sehingga naik minyak.. Pastikan bahan2 kisar yg ditumis cukup masak ye..
  • Kemudian masukkan serbuk kari, serbuk jintan putih, jintan manis dan boleh tambahkan air rebusan sotong yang telah ditapis.

  • Kacau rata biarkan kuah mendidih dan menjadi pekat sedikit. Masuukkan santan mengikut selera anda...Kuah jangan terlalu pekat semasa memasak kerana nanti kalau sejuk kuah akan jadi lebih pekat...

  • Tunggu hingga kuah mendidih. jangan terlalu didihkan kuah tu ye,kerana santan akan pecah minyak
  • Masukkan sotong yang telah rebus dan sehingga sotong itu masak 1/4 bahagian lagi, juga telur rebus yg di kelar sedikit ye...Masukkan cili hijau belah,gula dan garam secukup rasa... Kalau nak bubuh aji pun boleh..

  • Kacau serata. Sotong tak perlu masak terlalu lama. Sekiranya kuah anda pekat tambahkan air rebusan sotong.
  • Pastikan kuah tidak terlalu cair juga tak terlalu pekat.. Apa pun kepekatan kuah boleh je mengikut selera masing2..selamat mencuba

Comments