Air lada / Sambal Jantan
Koleksi sambal cikgu afy yang lain wajib ada. Bagi peminat nasi air, air lada ni wajib ada. Resepi lengkap nasi air boleh tekan di link https://www.facebook.com/100007817593160/posts/2050014071935826/. Nak makan dengan bihun goreng atau lauk gulai ayam pun sangat ngam.
Selamat mencuba.
#resepicikguafy
#resepicikguafy
Kredit :
Afy AL Habibi
Gabungan terbaik dengan nasi air. Rasa sambal pedas manis secukup rasa menambahkan lagi selera. |
Bahan kisar : - 3 tangkai cili merah ( untuk kurangkan pedas) - 2 genggam cili padi merah - 5 tangkai cili padi hijau |
Masukkan cili dalam pengisar. Tambahkan: - 8 sudu besar gula - 1 sudu besar garam - secubit perasa |
Tambahkan 1/3 cuka dari sukatan cili dalam pengisar tadi. Tambahkan 1/4 gelas air masak ( sedikit sahaja) |
Selepas dikisar, masukkan sambal dalam bekas kering yang bertutup. Biarkan di luar semalaman untuk cili masak. |
Selepas sehari, bolehlah dimasukkan dalam peti. Sambal ni makin sedap bila banyak hari dibuat dan pedasnya makin kurang. Selamat mencuba. |
Comments
Post a Comment