NASI LEMAK BERSERTA SAMBAL NOORASTELLA


 Resepi ini sy sediakan setiap hari bagi menghasilkan 200 bungkus NASI LEMAK. 

Kita mulakan dgn cili kering. Bagi 200 bungkus nasi lemak, sy gunakan 2 mangkuk cili kering yg halus dan 6 mangkuk cili kering yg besar. Sy gunakan 2 jenis cili kering agar sambal yg terhasil seimbang rasa pedasnya.

Gunting cili kering halus-halus. Bertujuan cili cepat lembut ketika di rebus.


Rebus cili kering dlm kuali. Tambahkan satu senduk minyak masak bertujuan supaya cili kering cepat lembut dan masak.


Rebus cili kering sampai kembang. Sentiasa kacau utk pastikan cili kering masak dgn seimbang.


Bila sudah cukup kembang, tapis cili kering dan cuci bersih. Di dalam jeraian tapisan, biarkan air paip mengalir sambil gaul cili kering menggunakan senduk. Ini bagi mengelakkan jari pijar.


Blend cili kering sampai betul-betul hancur dan halus. Mengikut kuantiti 8 mangkuk cili kering yg sy gunakan, proses blender sy sebanyak 5 kali. Simpan dlm besen dan ketepikan.

Kemudian, sediakan bahan-bahan utk menumis sambal. Saya gunakan : 

Bwg besar 8 biji
Bwg putih 3 labu
Serai 6 batang
Kunyit hidup sebesar jari kelingking
Halia sebesar ibu jari
Belacan 1 1/2 inci di bakar
Serbuk cili 6 sudu mkn

Potong halus semua bahan2 tumis supaya memudahkan proses blend.


Masukkan minyak ketika blend bahan2 tumis. Ini bertujuan agar bahan tumis cepat garing.


Masukkan sekali serbuk cili. Kemudian blend sampai halus.


Skg kita boleh mulakan proses menumis sambal nasi lemak. Sy gunakan minyak bekas goreng ikan bilis utk menumis. Inilah rahsia sambal yg sedap dan wangi. Pastikan minyak banyak supaya cili masak sempurna dan sambal tahan lama.

Masukkan bahan tumis yg di blend halus. Masukkan beberapa helai daun pandan yg di simpul. Ini akan menghasilkan aroma sambal yg maveles!



Tumis sampai garing dan terbit minyak.


Kemudian masukkan cili kering yg sudah di blend awal td.

Masukkan satu mangkuk air asam jawa. Gunakan setengah peket asam jawa. Masukkan juga bahan2 perasa seperti gula, garam dan ajinomoto. Sambal ini manis-manis pedas. Bg sy itu lah definisi sambal yg sedap. smile emoticon



Masak sambal sampai terbit minyak. Sambal yg sedap adalah sambal yg di masak dgn waktu lama. Kebiasaan sy, sambal ini sy sediakan pd waktu mlm. Jadi sebelah subuh hanya perlu di panaskan dan fokus pada nasi pula.

Inilah sambal yg telah siap. Merah kegelapan dan berkilat. Sambal ini cantik warnanya hasil dari penggunaan kunyit hidup, serbuk cili, gula dan proses masak yg lama. 3-4 jam.


Skg beralih pada penyediaan nasi pula. Kualiti gambar sedikit gelap kerana nasi ini sy sedia kan pada waktu subuh. smile emoticon Sy gunakan 10 mangkuk beras.


Cuci beras berkali-kali sampai betul bersih. Petua agar nasi lemak tahan lama sampai ke malam adalah sewaktu cuci beras pastikan cuci sampai air beras jernih. Buangkan air cucian beras yg bewarna putih kerana itu adalah kandungan kanji yg selalu melembabkan nasi.


Utk nasi, sy gunakan:

Halia sebesar ibu jari
Serai 4 btg
Beberapa helai daun pandan yg di simpul


Tuang beras dan bahan-bahan lain dlm kuali besar. Masukkan air 2 inci dr permukaan beras.


Utk 10 mangkuk beras ini, sy gunakan 1 liter santan kara. Santan ini memang best sebab ianya pati santan yg sgt pekat.


Masukkan 2 senduk minyak masak. Bertujuan supaya nasi lembut, berkilat dan berderai sebiji-biji. Kemudian masukkan garam dan gula.



Masak sehingga air kering. Sentiasa kacau nasi supaya tidak hangit. Selalunya proses ini memakan masa 20 minit.

Sementara menunggu nasi kering di dalam kuali, panaskan periuk kukusan. Sy suka taburkan beberapa helai daun pandan di bawah permukaan periuk utk aroma nasi yg wangi.

Bila nasi sudah kering, gunakan pinggan utk transfer ke dlm periuk kukusan yg sudah di panaskan.


Transfer nasi dr kuali sampai habis.


Inilah nasi lemak yg telah masak. Selalunya masa mengukus adalah 40 minit.

Comments