ASAM PEDAS BEREMPAH


Hari ni nak tepek Asam Pedas Berempah. Saya guna ikan tenggiri. Tak payah nak gi sampai Melaka @Johor utk menikmati keenakan asam pedas di sana. Kat rmh pon boleh buat. Jgn kata hakak tak payong.. 
😃
Resepi seperti di setiap gambar..
Asam pedas ni mcm2 versi... ade yg bubuh daun kari.. ade yg bubuh daun kunyit.. ade yg bubuh daun kesom & bunga kantan..so terpulang pada masing2 tuk mevariasikan masakan itu. SEBAB KITA MASAK DIA.. BUKAN DIA MASAK KITA..


  • Bawang merah*
  • Bawang putih*
  • Halia*
  • Belacan*
  • Ketumbar*
  • Jintan manis*
  • Jintan putih*
  • Lada hitam*
  • Belacan*
  • Bahan bertanda * dikisar hingga lumat.
  • Cili giling
  • Serai dititik
  • Asam jawa
  • Serbuk kunyit
  • Halba
  • Daun kesom
  • Daun limau purut
  • Ikan pilihan
  • Bendi

 Panaskan sedikit minyak. Tumis sebentar halba..
 Masukkan bahan kisar, cili giling, serai dititik & serbuk kunyit..
 Tumis sehingga pecah minyak..
 Bila bahan tumis dah pecah minyak..masukkan air asam jawa dan sedikit air. Ikut byk mana yg nak air tu..
 Renihkan seketika lalu masukka bendi..
 Kemudian masukkan pula daun kesom & daun limau purut..
 Bila bendi dah separuh masak.. masukkan ikan, garam & serbuk perasa.. renihkan sehingga ikan masak..
Boleh dihidangkan utk keluarga tercinta

Sumber: Rosni Musa

Comments