Rendang Ayam Ala Kampung Khairul Hakimin


Langkah Demi Langkah, MUDAHNYA Rendang Ayam Ala Kampung. 

Bahan-bahannya ialah: 

  • 1 ekor ayam - potong 16 baru boleh makan ramai-ramai.  
  • 5 biji cili merah
  • 5 sudu besar pes cili kisar
  • 3 biji bawang besar India
  • 5 ulas bawang putih
  • 10 biji cili api - jika perlu
  • 3 batang serai muda
  • 2 inci halia muda
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • Daun kunyit - jika perlu
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 sudu besar kerisik
  • 1/2 genggam gula perang timbang
  • Garam secukup rasa. 

Cara-caranya terus tengok gambar ya.

Ha inilah bahan-bahan yang disebutkan di atas tadi. Elok je kau sampai rumah mertua, mak mertua kau nak makan rendang. Hah cepat-cepat pegang handphone dan kau google. Tup tup jumpa FB abang kacak.


Kau kisar semua bahan. Bawang besar, bawang putih, halia kunyit hidup, cili kisar, dan serai muda semua kau masukkan dalam pengisar. Lepas tu kau kisar semua bahan ni dengan 1/2 cawan minyak masak. Jangan sesekali kau guna air. Rasanya lagi power.


Macam ni gambar minyak tu.


Kau kisar semua bahan tu dan pastikan mak mertua kau dengar. Barulah mak mertua kau berdebar apalah yang kau buat dalam dapur dia. Relaks relaks, dia dalam perjalanan ke dapur dah tu nak tengok kau.


Cepat-cepat panaskan sikit minyak.


Lepas tu kau masukkan bahan kisar tadi. Kalau ada lebih serai, masukkan sekali.


Tiba tiba! Mak mertua kau tanya, Sitiii oooo Sitii, kenapa kau tumis tak guna rempah oiii, anak aku si K tu suka benor dengan rempah tu la hang ni aihhhh. Kau jangan panik, terus kau keluarkan tapak tangan kau dan bling! campak aja dalam kuali sambil kenyit mata ke mak mertua kau. Walaupun dia berkerut, kau kena pertahankan rempah tu memang nak masuk lambat sikit. Haha


Tumis ala-ala nak pecah minyak.


Masukkan santan. Kacau rata


Lepas tu, kau ambil lebih kurang 1/2 genggam gula merah timbang. Ini sekret weapon. Kasi lemak rendang tu. Mak mertua kau mesti suka.


Kacau rata. Masa ni dah naik bau. Fuh.
 

Masukkan kerisik.


Masukkan ayam. Kalau masukkan ayam awal, potensi ayam hancur agak tinggi. Masukkan lambat.


Ha dah nak pecah mingak cenggini, masukkan garam dan daun kunyit. Macam kami tak berapa berkenan dengan daun tu. Kami geng daun kari okeh.


Ha dah pecah minyak, kena ingat rendang wajib pecah minyak! Baru sedap.


Dah lawa pecah minyak tu kau jangan suka sampai menyanyi cindai pulak. Tutup api dulu.

Dah siap boleh hidang. Kalau terlalu banyak minyak tu, buang sikit semasa menghidang. Baru mak mertua sayang.

Selesai. Senang kan? Selamat bercuti di rumah keluarga masing-masing!


sumber:  Khairul Hakimin Muhammad

Comments