Ayam Masak Sambal Cili Padi Tomyam. I suka makan kering-kering so improvise tomyam berkuah jadi masak kering-kering macam ni.
Boleh tukar dengan udang, sotong, daging atau telur. Ikut suka korang. Kalau nak letak sayur macam carrots, cauliflower etc pon boleh.
Makan satu lauk ni je pon dah cukup. Nyummmmmm!! Recipe ada pada gambar.
6 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
15 biji cilipadi (ikut suka tahap kepedasan nak macam mana) *
Setengah inci halia *
Sepeket perencah tomyam *
Setengah cawan air *
3 batang serai diketuk
3 helai daun limau purut
Blender bahan bertanda *
Sebiji bawang besar dihiris
3 biji cili hijau
Sebiji tomato potong 8
I guna 5 peha potong 2 untuk recipe ni. Kuantiti ayam agak-agak la banyak mana.
Garam kunyitkan ayam
Panaskan minyak and goreng ayam half cook
Ayam dah siap goreng
Panaskan sesenduk minyak balance goreng ayam tadi
Bila minyak panas, masukkan 3 batang serai yang diketuk
Lepas tu masukkan bahan yang diblender
Tambah air kalau nak sambal berkuah sikit
Goreng agak-agak sampai sambal masak
Masukkan daun limau purut dan kicap manis
Perasakan dengan gula, garam dah serbuk perisa (optional)
Kicap manis tu terpulang la nak kuah gelap macam mana.
Macam I, gula I letak 4 sudu kecik sebab nak balance paste tomyam yang masam
Lepas tu masukkan ayam, bawang besar, tomato and lada hijau sekaligus
Kacau-kacau dalam 5 minute bagi kuah meresap dalam ayam and dah bileh tutup api
Dah siap! Ayam Masak Sambal Cili Padi Tomyam. Selamat mencuba
sumber: Suraya Sulatin
Comments
Post a Comment