Resepi Ikan Masak 3 Rasa


Bahan A

  • 1 ekor ikan siakap ataupun bawal (dibersihkan dan dikelar)
  • 1 sudu makan tepung jagung (bagi menyalut ikan)
  • 3 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 inci cili merah (dihiris)
  • 2 biji cili merah (dihiris)
  • Minyak (Bagi menggoreng ikan)

Bahan B (utk sos)


  • 3 sudu makan sos tomato
  • 3 sudu makan sos cili
  • 3 sudu makan air
  • 1 sudu teh gula

Bahan C (Sebagai hiasan)


  • 1 pokok daun bawang (dihiris)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 2 biji tomato (dipotong 4)

Cara membuat


1: sapukan tepung jagung di sekeliling ikan


2: goreng ikan menggunakan minyak yang banyak sehingga masak dan kuning keemasan. angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan


3: keluarkan minyak dan tinggalkan dua sudu makan minyak bagi menumis bahan yang dihiris sehingga wangi.


4: Masukkan bahan sos dan biarkan mendidih. Kemudian kacau rata.


5: Masukkan bahan hiasan dan tutup api.


6: curahkan kuah sos di atas ikan


7: hiaskan dengan bahan c

selamat mencuba

Comments