RESEPI NASI ALA KAK WOK
GULAI DAN AYAM GORENG KUNYIT
Bahan-bahan Gulai Ayam:
1 Ekor Ayam dipotong kecil
25 Gram atau 2 sudu besar Rempah Kari Ayam *cap Orang Terbang @ apa jenama
300ml Santan kelapa
1400ml Air
2 Sudu besar Minyak masak untuk menumis
5 Biji lada kering | dikisar
- Air Asam jawa / Asam keping secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Garam secukup rasa
Bahan Tumis (A):
1 Tangkai Daun kari | dilurut (pilihan citarasa)
5 Ulas Bawang Merah | di hiris
2 Ulas Bawang Putih | di hiris
3 sekawan bunga lawang kulit kayu manis buah pelaga
Cara Penyediaan (Cara ringkas Tukang Gulai):
1. Masukkan minyak masak dan panaskan dengan api yang sederhana, tumis bahan-bahan A sehingga garing dan naik bau.
2. Kemudian masukkan lada kering yang dikisar dan Rempah Kari, digaul sebati dan masak hingga pecah minyak.
3. Selepas itu, masukkan ayam berserta dengan air secukupnya. Kacau dan masak hingga sebati.
4. Masak hingga mendidih dan di perlahankan api, masukkan santan, air asam jawa, gula dan garam secukup rasa, biarkan seketika hingga menggelegak dan masuk kan ubi kentang, masak hingga pulih.
5. Perasakan dengan gula dan garam, kacau sebati dan biarkan selama 5 hingga 10 minit dengan api perlahan.
6. Padamkan api dan sedia untuk di hidangkan.
Bahan-Bahan Ayam Kunyit:
4 batang kacang panjang, potong 2 inci
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 senduk minyak masak
1 biji bawang besar, hiris nipis
1 biji cili merah, hiris nipis
Cara Penyediaan:
Gaulkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Perap selama 5 minit.
Panaskan minyak dan goreng di atas api yang besar.
Kacau dengan kerap supaya tidak mudah keras dan hangus.
Apabila ayam hampir masak masukkan cili merah, bawang besar dan kacang panjang.
boleh cuba ni. terima kasih berkongsi
ReplyDeletesambal dia cmne ek
ReplyDelete