Resipi Pajeri Nenas


Assalamualaikum.

Rasa nak kongsi sedikit sebanyak resipi-resipi yang saya belajar daripada tok nenek saya. Hari ini saya nak kongsi resipi Pajeri Nenas.


Bahan-bahannya:

  • Sebiji nenas dipotong sekeping-sekeping.
  • Sebiji bawang besar, 5 ulas bawang putih, sedikit halia dan sepaket kecil rempah kari daging/ikan dikisar bersama dengan sedikit air.
  • Setengah biji bawang besar dan seulas bawang putih dihiris, sebatang kayu manis, 3 biji buah pelaga dan bungan cengkih.
  • Santan daripada setengah biji kelapa.
  • Kerisik 2 paket kecil.
  • Segenggam udang kering, direndam air panas.
  • Lada hijau dalam 5-6 batang, dibelah tengah tapi jangan putus.


Kisar bawang besar, bawang putih dan halia bersama rempah kari.


Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris, kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih.


Bila bawang yang dihiris sudah garing, masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi. Masak sehingga garing.

 

Kisar udang kering. Setelah rempah tumisan garing dan pecah minyak, masukkan udang kering tersebut. Masak hingga mendidih. Kecilkan api supaya tidak hangit.




Setelah mendidih, masukkan kerisik dan santan. Kacau rata dan biarkan mendidih. Kacau sekali-sekala.



Setelah mendidih, masukkan kerisik dan santan. Kacau rata dan biarkan mendidih. Kacau sekali-sekala.
   
Setelah itu masukkan nenas sekeping-sekeping. Jangan masukkan sekaligus, takut-takut kuah terpercik atau melimpah.
 Kacau rata dan rebus nenas tersebut dalam 7-10 minit untuk menjadikannya sedikit lecur.
Setelah itu masukkan lada hijau dan balik-balikkan. Jangan biarkan lada hijau terlalu lama atas api, nanti lembik sangat.

Tutup api dan masukkan garam. Kacau dan rasa. Siap.

Lada hijau terpulang. Kalau tidak mahu tidak perlu masukkan. Kami suka makan lada hijau.


Sumber:  Amirul Shafiq Suhaimi

Comments