Resepi LAKSAM KAK ROS


Bila dah jemu mkn nasi.. Hakak Ros buat laksam tuk menu hari nih. Feberet anak2 Hakak Ros. Kalau beli.. tak puas makan. Jom kita layan resepi step by step. Boleh mkn sampai lebam.Sila klik pada gambar yg disediakan.

Memasak itu mudah bila kita rasa mudah utk membuatnya..
Kita masak dia..bukan dia masak kita.
Silakan share..

Resepi ni Hakak Ros buat berniaga.
Alhamdulillah setakat ni member2 novel & penulis sgt2 suka dgn laksam Hakak Ros.
SUMBER RESEPI : Rosni Musa.



Bahan2nya

Laksam
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air.
Ok.. kat sini boleh guna ape2 cawan, mug, kole dan sebagainya. Janji sukatannya menggunakan cawan @ mug @ kole yg sama. Ingat yer.. kalau tak jadi jgn salahkan Hakak Ros. Ikut betul2 resepi ug diberikan..

Kuah

Ikan sardin yg direbus dan perisikan
Bawang besar
Halia
Lada hitam
Halba
Asam keping
Belacan
Santan pekat


Satukan tepung beras, tepung gandum dan air. Bancuh biar sekata dan tapis. Hakak ros nak senang masukkan dlm blender dan blend semuanya. Abes citer..


Sediakan tudung periuk.. Hakak Ros pakai pizza pan. Mana2 pon boleh yer. Lengserkan dgn sedikit minyak. Sebelom tu panaskam terlebih dahulu pengukus.


Letak pan ke dlm pengukus dan masukkan 2 senduk bancuhan tepung tadi. Kukus selama 3 minit.


Bila dah naik gelembung cam ni kiranya dah masak lar. bolehlah diangkat. Kemudian masukkan pula pan yg lain. Tuang bancuhan tepung dan kukus lg.


Gulungkan laksam ketika masih panas. Kalau dah sejuk susah sikit nak gulung. Ulang proses di atas sampai bacuhan tepung abes.


Kejadian laksam yg dah siap. Hakak Ros dpt siapkan dlm masa 1/2 jam.


Utk kuah pula. Blend bawang bsr dan sedikit belacan. Masukkan dlm periuk diikuti hali, lada hitam, halba dan asam keping. Renihkan sehingga mendidih..


Blend isi ikan sampai lumat. Bila bahan2 blen tadi dah menggelegak..masukkan pula isi ikan yg dah di blend tadi. Renihkan lagi sampai mendidih..


Masukkan garam, sedikit gula dan serbuk perasa.


Akhir sekali tuangkan santan pekat. Lagi byk santan pekat lg sedap. Masak sampai mendidih. Boleh.lar dihidangkan bersama laksam, ulam2an dan sambal belacan..

Kejadian laksam yg membuka selera. Yummehh

Comments