sumber: KakInaKL
Bahan-bahan
1kg tulang lembu
6 biji bawang kecil (kisar)
4 biji bawang putih (kisar)
1 inci halia (kisar)
1 sudu teh lada hitam(tumbuk halus)
3 sudu besar rempah sup adabi
1 peket sup tulang adabi
2 biji ubi kentang-potong 4
garam secukup rasa
Bahan tumis
3 biji bawang kecil di hiris halus
1 biji bawang putih di hiris halus
1 batang kayu manis
3 biji bunga cengkih
3 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
Bahan taburan
Hirisan daun sup dan daun bawang Bawang goreng
Cara-cara
Basuh tulang...masukkan air hingga 2x ganda dari tulang dan rebus. Bila mendidih..kecilkan api dan tutup dengan penutup. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan tumisan. Setelah berbau wangi masukkan bahan yang telah di kisar termasuk lada hitam. Masukkan juga sup bunjut adabi dan rempah sup yang telah di campur dengan sedikit air. Tumis sehingga naik bau dan masukkan kedalam sup tadi. Rebus hingga daging empuk sekurang-kurangnya 1-1 1/2 jam (akak guna pressure cooker..1/2 jam dah empuk) Setelah daging empuk baru dimasukkan ubi kentang. Biarkan ubi kentang empuk dan masukkan garam. Rasa dulu sebelum tutup api. Taburlah dengan daun sup dan daun bawang.
Comments
Post a Comment