Resepi Lasagna


Bahan-bahan
  • Sos Merah
  • 300g daging cincang (lagi senang kalau guna daging burger sebab lebih berperisa)- yup aku guna daging burger
  • 1 botol prego yang kecil
  • 2-3 batang celery - aku tak guna pon, tak da stok
  • cendawan butang - pon takda stok
  • 2 biji tomato potong dadu
  • 1 biji lobak merah (di potong halus) - aku potong dadu sebab bila makan dapat rasa lobak tu
  • 1-2 sudu cili boh
  • 2-3 ulas bawang merah ( cincang halus)
  • 2-3 ulas bawang putih ( cincang halus)
  • Garam, gula dan lada sulah secukop rasa
  • Sekotak instant lasagna - aku rebus sedikit
  • 3 cawan air

Sos Putih
  • 2 sudu besar mentega
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 1 blok cheddar cheese - aku potong kan kecik2 dalam separuh dari blok cheddar tu
  • 1-2 cawan susu segar
  • Sedikit garam dan lada hitam

Cara-cara
  • Panaskan oven 180C
  • Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
  • Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging burger yang dipotong kecik
  • Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam.
  • Masukkan prego dan sedikit gula
  • Masukkan lobak merah tadi dan tunggu sehingga mendidih, padam kan api.
  • Sediakan sauce pan, panaskan.
  • Cairkan mentega, masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
  • Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah di panaskan semula.
  • Masukkan cheddar cheese tadi dan garam dan kacau setiap masa.
  • Kemudian padam kan api.
  • Sediakan dulang caserole
  • Sapukan minyak, dan aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bahagian bawah dulang.
  • Tuangkan sedikit sos merah dan kemudia sos putih.
  • Selang selikan, dan bahagian atas sekali ialah kulit lasagna, tuang sos merah dan sos putih dengan banyaknya sehingga menutupi kepingan lasagna tu untuk mengelakkan lasagna tu meleding.
  • Taburkan sebahagian cheddar cheese yang telah di parut halus..- biasa orang guna mozarela, tapi sebab tak da stok, so aku guna cheddar jugak.
  • Taburkan sedikit Italian herbs atau apa jualah herbs yang korang ada, ada bau herbs sikit masa makan, tu yang bertambah sedap.
  • Bakar selama 40 minit

Siap !!!!

Comments