(30-40 bebola daging, hidangan untuk 4 orang)
Bahan-bahan;
- 500g daging lembu cincang
- 1 biji telur
- 1 – 1¼ cawan (200-300ml) cooking cream (atau susu) dan air
- 2½ sudu besar bawang dicincang halus
- ¼ – ½ cawan tepung rusk tidak manis (atau serbuk roti)
- 2 ubi kentang rebus, sejuk
- 4-5 sudu besar mentega / marjerin / minyak
- garam
- lada putih
- rempah 3 rasa (rempah all spice)
Cara Membuatnya;
~ Panaskan mentega dan goreng bawang hingga keperangan.
~ Lenyekkan ubi kentang dan lembabkan tepung rusk dengan sedikit air.
~ Gaulkan semua bahan dan perasakan dengan garam, lada putih dan rempah 3 rasa.
~ Bentukkan adunan menjadi bebola dan pindahkannya kepada papan pemotong yang telah dilumuri tepung.
~ Dengan kuali non-stick, panaskan mentega dan goreng bebola daging hingga masak.
.
Resepi Sos Krim
(hidangan untuk 4 orang)
Bahan-bahan;
½ cawan (100ml) krim pekat (heavy cream / cooking cream)
1 cawan (200ml) air atau stok daging lembu
soya (atau 1 sudu teh kicap cair dan 1 sudu teh kicap pekat)
garam
lada putih
(1 sudu besar tepung putih) – jika krim kurang pekat
Cara membuatnya;
~ Kacau dalam gerakan pusingan beberapa desiliter air atau stok daging lembu mendidih didalam kuali.
~ Tapiskan pati dan cairkan ia dengan krim. Pekatkan dengan tepung putih jika mahu.
~ Tambahkan perasa secukupnya dan hidangkan krim bersama bebola daging dengan ibu kentang direbus segar, jem lingonberi dan salad hijau.
Comments
Post a Comment