.
Okey, penah makan biskut ni kan? Memang sedap tapi nak beli mahal amat, so sini ada resepinya.. boleh la buat sendiri dan makan banyak-banyak..hihihi....
.
.
Bahan A
.
1/2 cawan butter
1/2 cawan minyak jagung
1/2 cawan gula perang
1/4 cawan gula kastor
1 biji telur
1/2 tbs susu segar
1 tsp vanilla
Secubit garam
.
Bahan B
.
2 cawan tepung gandum (admin guna cap rose)
1 tbs koko (admin guna koko import)
1 tbs tepung jagung
1/2 tsp bikarbonat soda
1/2 tsp cream of tatar (admin guna brand nona)
.
Bahan C
.
1 cawan chocolate chips (admin lebihkan)
1/4 cawan almond nibs / walnut (admin lebihkan)
*tbs - tablespoon (sudu makan)
*tsp - teaspoon (sudu kecil)
.
Cara buat:
.
1) Campur serta ayak kesemua bahan B dan ketepikan
.
2) Dengan menggunakan mixer, sebatikan kesemua bahan A.
.
3) Kemudian masukkan bahan B yang telah diayak sedikit demi sedikit kedalam adunan butter tadi dan gaul sekata.
.
4) Akhir sekali masukkan bahan C kedalam adunan tepung tdi.
.
5) Uli smua adunan sehingga sebati.
.
6) Skopkan adunan dengan menggunakan sukatan setengah sudu kecil. Letak jauh2 ye sbb adunan akan mengembang bila dibakar.
.
7) Bakar pada suhu 160 darjah selama 20 minit bergantung pada oven masing2.
.
.
Selamat mencuba..
Aneka Resepi Masakan
Comments
Post a Comment