Resepi Cek Mek Molek


Bahan-bahan
  • Ubi keledek oren
  • Tepung gandum
  • Sedikit gula

Cara-cara
  • Rebus ubi sampai empuk. Lenyekkan.
  • Ubi yang telah dilenyek diuli dan digaul bersama tepung gandum. Agak agak lah kelembutan adunannya. Kalau terlebih gandum, adunan menjadi keras.
  • Bentukkan kuih cek mek molek. Masukkan sesudu gula dan dibentuk membujur.
  • Goreng dalam minyak panas yang banyak dengan api perlahan agar gula hancur menjadi air gula semasa digoreng.
  • Angkat bila kekuningan. Awas gula panas, jadi berhati hati jika makan kuih cek mek molek semasa panas panas.

Comments