Resepi Gulai Kawah Kelantan Azie Kitchen


Gulai Kawah Daging
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan bahan:
1 kg Daging (campur bahagian lemak, organ dalaman, tulang rusuk dll)
4 ulas bawang merah (hiris)
Santan
Garam dan gula
Gula melaka
Asam jawa secukupnya

Bahan menumis
8 bawang merah (hiris)
4 ulas bawan putih (hiris)
1 inci halia (hiris)
2 - 3 sudu besar rempah gulai kawah
Kayu manis, bunga lawang, pelaga secukupnya.

  
Penyediaan bahan penumis:
Panaskan sedikit minyak, masukkan rempah penumis iaitu kayu manis, bunga lawang, pelaga dan tumis bawang dan halia yang dihiris sehingga wangi. Masukkan rempah yang dibancuh dg sedikit air. Goreng lama lama sehingga betul betul garing dengan api perlahan. Ketepikan. Biasanya kalau untuk majlis kenduri, rempah akan ditumis malam sebelumnya bagi mempercepatkan kerja memasak keesokannya kerana proses menumis rempah memakan masa yang lama.

Penyediaan gulai:
Masukkan daging dalam periuk dan masak dengan sedikit air sehingga air agak kering dan daging agak empuk. Masukkan rempah gulai yang sudah ditumis dan digaul rata. Biarkan sehingga mesra. Masukkan bawang yang dihiris.

Tuangkan santan. Masak lagi sehingga santan menggelegak.  Masukkan gula melaka, air asam jawa, gula dan garam. Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat. 

Gulai kawah di Kelantan bertambah sedap jika dimasukkan sekali bersama mumban nyior yang didapati dari kelapa muda.


tumis perkakas menumis dan bahan bahan hiris hingga garing

masukkan rempah gulai kawah, yg Klate tau

Goreng lama lama 

Daging direbus dalam kuali besar ala ala kawah gitu

setelah daging empuk, masukkan rempah gulai tadi

Kacau rata dan masak lagi sehingga sebati

setelah daging empuk, masukkan santan

bawang merah yang dihiris

masukkan nisse, gula melaka dari Kelantan ni

sedikit air asam jawa, garam dan gula

sesuaikan rasa dan kepekatannya

sumber: http://aziejaya.blogspot.my/

Comments