Resepi Ikan Bersos Oren Sweet Sour


Bahan-bahan Ikan
  • 800 gm isi ikan tanpa tulang (fish fillet) dipotong ketulan - saya pakai isi ikan jenahak putih
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1-2 sudu kecil Maggi® CukupRasa
  • 1/2 cawan tepung jagung


Cara-cara
  • Gaul ikan bersama serbuk lada sulah dan Maggi® CukupRasa
  • Tepung jagung juga digaul bersama sedikit Maggi® CukupRasa
  • Panaskan minyak dalam kuantiti yang banyak untuk goreng
  • Golekkan ketulan isi ikan dalam tepung sepenuhnya.
  • Goreng ikan sehingga kuning keemasan


Bahan – bahan Sos Oren Sweet Sour

  • 2 biji oren
  • 1/2 cawan perahan jus oren atau boleh pakai kordial oren
  • 1/2 cawan air
  • 4 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 batang kecil halia dipotong panjang halus
  • 1 batang lobak merah dipotong memanjang halus
  • 5 sudu besar sos cili Maggi®
  • 6 biji cili padi, dihiris nipis
  • 1 ulas bawang besar dibelah 8
  • 1 sudu besar Maggi® CukupRasa
  • 2 pokok daun sup dicincang kasar
  • Minyak untuk menumis
  • 1/3 cawan air dibancuh bersama sedikit tepung jagung
  • 1 sudu kecil gula jika nak sedikit manis

Cara-cara
  • Oren diparut kulitnya.
  • Oren kemudian di kupas sehingga tinggal isi berwarna oren sahaja dan dipotong dadu
  • Panaskan minyak, tumis bawang putih bersama halia sehingga wangi dan kemudian masukkan jus oren dan sos cili Maggi®
  • Masak seketika. Jika agak kering, masukkan air sedikit.
  • Masukan potongan oren dan parutan kulit oren, cili padi, lobak merah dan bawang besar. Tambah sedikit gula jika terlalu masam.
  • Taburkan Maggi® CukupRasa dan gaul rata.
  • Masukkan sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  • Masak seketika dan tutup api.
  • Bila hendak hidang, bolehla curah atas isi ikan yang digoreng tadi.


Comments