RESEPI KUAH KACANG


BAHAN-BAHAN
  • 1/2 kg kacang tanah, goreng, buang kulit, tumbuk kasar/pecah2
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1/2 cawan minyak
  • garam secukup rasa
BAHAN DIKISAR
  • 5 sudu besar cili mesin
  • 4 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 biji buah keras


CARA PENYEDIAAN
  • Tumiskan bahan dikisar sehingga wangi dan garing.
  • Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan kacang. Tambahkan sedikit air jika pekat sangat.
  • Masukkan gula dan garam secukupnya. Masakkan dengan api perlahan sehingga naik minyak.
  • Hidangkan dengan nasi impit.

Comments