Bahan-bahan:
20 ekor udang sederhana besar
1-2 papan petai
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3-5 sudu besar tempoyak
5-10 biji cili padi (kalau tak suka pedas kurangkan)
Air (untuk pekat atau cairkan kuah jika perlu)
1 inci kunyit hidup
2 helai daun kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Cara-caranya:-
- Kupas kulit udang, basuh dan toskan.
- Tumbuk atau kisar bawang merah, bawang putih, cili padi dan juga kunyit hidup
- Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama tempoyak dan juga air. Biar hingga menggelegak dan kuah likat mengikut tahap yang anda gemari.
- Kecilkan api dan masukkan udang, petai, garam dan gula sekiranya perlu. Masukkan juga daun kunyit yang telah dibasuh dan telah dihiris nipis atau disiat dua sahaja. Biar mereneh seketika.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Selamat Memasak.
Selamat mencuba drp Seharum Dapur Bonda KC
Sumber resepi: FB Resepi Juadah Berbuka Puasa
Comments
Post a Comment