CARA BUAT PES TOMYAM KAW KAW!


CARA BUAT PES TOMYAM KAW KAW!
resepi ini diambil dari fb Norashikin Bt Hasan
Jom cuba pes Tomyam versi saya ni. Paling penting, tiada bahan pengawet, tiada aditif makanan dan tiada monosodium glutamat.
Semua fresh lagi natural. Buat sendiri lebih puas hati, lebih sihat, lebih jimat, lebih baaanyak.

Bahan-bahannya ialah
  • 2 biji bawang besar
  • 4 batang serai (saya letak lebih sebab serai saya kurus kering... hehe)
  • 2 biji cili hidup merah
  • 5 hiris lengkuas
  • 7 helai daun limau purut (dikira secara tak bercantum)
  • 4 sudu makan udang kering
  • 10 ekor ikan bilis (ini optional. Saya letak sebab nak lebih rasa kaw kaw seafood)
  • 4 inci belacan
  • 3 sudu cili kering yg dah siap kisar
  • Air asam jawa, gula perang, garam asli

Kalau yang suka pedas, time buat kuah tomyam baru letak cili api bagai tau. Kalau buat pes ni letak cili banyak, tak best pulak rasa pedas dia kan... bila buat kuah, campaklah banyak mana pun cili api yang you all suka... asalkan tak kena ceri beri udah ye

 Cara buat pes
1. Masukkan semua bahan2 (kecuali air asam jawa, garam dan gula) ke dalam blender. Then apa ditunggu lagi, blendkan aje sampai lumat...


2. Haaaa.... lumat macam ni ha....
3. Panaskan minyak dalam kuali, tumis sampai pecah minyak. Api slow je ye... api dapur pun nak maintain cun juge...😁
Uissshhh! Bau dia semerbak harum mewangi tu.... dengan bau serai dan daun limau purut dia. MaasyaAllah!
4. Dah pecah minyak, masukkan air asam jawa, dan gula perang. Kacau.
5. Tutup api. Masukkan garam asli. Nape saya suka pakai garam asli? Sebaaaab, garam asli bersifat detox, boleh buang toksin berlebihan dalan badan...😊

Saya suka daun limau purut ni. Memang herba yang sangat bagus untuk kesihatan. Daun limau purut ni selain bau yang menyelerakan, wangi, ia juga pembangkit selera makan.


Taaaaraaaaa..... dah siap pes tomyam versi saya.. 
😘😘😘😍 agak2 sebiji tak macam yg kedai punye????


Masuk dalam botol... tunggu sejuk...then boleh simpan dalam peti ais. Tahan lama jika simpan dalam peti ais. Yg penting.... NO ADITIVES, NO MONOSODIUM GLUTAMAT, NO PENGAWET... ngeeeee


Haaaaa....banyak ni saya dapat. Compare dengan botol pes tomyam beli kat kedai.... errrrr..... dulu pun saya beli kat kedai juga.... hahaha.... kali ni.... NO MORE....

Ok, ape lagi, nak masak segala tok nenek tomyam pun boleh dengan pes ni. Yang penting jangan tomyam susu sudah. Tomyam susu kurang baik untuk kesihatan. Tak percaya??? Cuba try makan tomyam susu, ada rasa perut sebu? Perut kembung? Pening? Kalau tak rasa apa2 lepas makan tomyam susu, maknanya perut you all memang something to discover.... hahaha... 😂😄

Ganti susu dengan santan kelapa , lebih POWER rasa dia


Comments