RESEPI KEK DUNDEE Lembab-lembab moist - rasa masam manis dan berempah


ILMU BERMANFAAT
Entri ini dikongsi lebih 3000 orang. Ia kisah bagaimana mahu memasak kek kegemaran saya menggunakan method alternatif.
Itulah FB. Raudzah Roslan menulis ilmu yang dimanfaatkan. Moga diterimaNya. - Muhd Kamil Ibrahim
BOILING METHOD
Step by step
Resipi kek Dundee (cara mudah)
Dahulu ... saya fikir memasak kek jenis buah sukar dan renyah. Sehinggalah saya bertemu pembantu rumah, Katie di Dundee Scotland.
"Usah bazirkan haba panas dari stove hot plate. Naikkan periuk - masukkan 2 cawan mix fruit atau raisins bersama 2 cawan air dan 2 cawan gula perang. Biarkan ia merebus di atas dapur..." ujar Katie menambat perhatian.
Alhamdulillah! Selain cara kukus, kek buah ini juga boleh di buat cara bakar namun masih lembab-lembab basah. Rasanya enak, Insya Allah.
Kek Dundee banyak di jual ketika sambutan hari Natal ( di United Kingdom)
Hari ini ... saya mahu amalkan ilmu dari Katie dan kini diturunkan pula kepada anak-anak - lelaki dan perempuan.
Mudah-mudahan ia menjadi ilmu bermanfaat.
Mudah-mudahan ia menjadi amal jariah yang di terima Allah.
Mudah-mudahan ia menjadi amal ibadat dalam reda dan rahmat Allah.
Insya Allah.

 Bahan:
  • 2 cawan Raisins
  • 2 cawan air
  • 2 cawan gula perang
  • 2 cawan mentega
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 - 3 biji telur
  • 1 cawan kelapa kering
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 1 sudu kecil parutan kulit limau
  • 1/2 biji jus lemon
  • secubit garam
  • Bunga lawang dan buah pelaga (jika suka).
  • Biji badam (rendam air panas - kupas kulitnya)


Step 1

Rebus raisin atau mix fruits bersama air dan gula perang. Biarkan sehingga menggelegak.

Masukkan bunga lawang dan pelaga (jika suka)


Step 2

Perahkan 1/2 biji lemon dan masukkan 2 cawan (200 gm) mentega.


 Step 3

Tutup api.

Masukkan bahan kering - tepung, kelapa kering, serbuk kayu manis.



Step 4

Masukkan 3 biji telur dan kaupkan dalam tepung.



Step 5

Gaul rata sehingga semua bahan sebati.


Step 6

Gris bekas Loaf pan 20 cm acuan pembakar. Masukkan adunan kedalamnya.

Aturkan biji badam.


Step 7

Bakar dalam ketuhar.

30 minit pertama 165 C dan 30 minit terakhir 145 C atau sehingga masak.

Cucuk dengan lidi sate - jika lidi licin maknanya kek sudah masak.




Resipi lengkap - rujuk dalam buku BUKAN SEKADAR RESIPI.

Ada kisah di sebalik Kek Dundee.

Buku boleh didapati via whatsapp 019 315 4444.


Kek Dundee versi bulat.

Comments

  1. assalamualaikum.
    kek ni tak gunakan bahan penaik ke seperti guna baking powder atau guna tepung naik sendiri?

    ReplyDelete

Post a Comment