Bahan-bahannya :
● 5 ketul ayam
● 6 ulas bawang merah – ditumbuk
● 2 ulas bawang putih – ditumbuk
● 1 inci halia – dihiris
● 1 sudu kecil lada hitam
● 2 sudu besar sos tiram
● 4 sudu besar kicap manis
● beberapa biji cili padi - jika suka
● 1/2 cawan air
● 1 sudu kecil tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
● Garam dan gula
● Minyak masak untuk menumis
Bahan-bahan perap :
● 2 sudu besar kicap manis
● 2 sudu besar sos tiram
● 1 sudu kecil lada hitam
Cara-caranya :
1. Perap ayam selama 30 minit. Kemudian goreng atau panggang sehingga masak.
2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam sehingga naik bau.
4. Masukkan ayam dan gaul hingga sekata.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Comments
Post a Comment