RESEPI AYAM GORENG ALA MAMAK


Saya rajin hari ni. Jumpa resepi dari google, tapi edit sikit ikut bahan2 yang ada di dapur...bah, sila cuba sendiri baru puas hati...x payah la p kfc hari ni...

Bahan A (untuk perap):
  • 3 Ayam potong (pakai drumstick & thigh sedap 👍🏽)
  • 4 ulas bawang putih (tumbuk hancur)
  • 1 sudu besar serbuk cili (sy skip sebab tiada)
  • 1 sudu serbuk kari ayam
  • 1 sudu teh garam (agak2 jak ni)
  • secubit soda bikarbonat (ini sy skip jugak)
  • secubit perasa (sy pakai sebuk pati ayam knorr)
  • 2 tangkai daun kari (ini sy tambah sendiri supaya wangi macam di kedai mamak)
  • Sedikit air supaya bahan2 rempah sebati & senang digaul dengan ayam (sikiiiit jak asal basah).

Bahan B (untuk goreng):
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • garam secukup rasa
  • secubit soda bikarbonat
  • 1 sudu serbuk cili (ini skip, tiada di dapur 😅)
  • 1 biji telur

Campur semua bahan A.


Daun kari ni optional. Tapi sy tambah sebab ter-inspired dengan ayam goreng di kedai mamak dekat office. Daun kari kasi wangi ni.


Lepas gaul2 sebati, sila perap at least 1 jam supaya ayam absorb semua. Tapi sy sanggup tunggu 15minit jak tadi. Lapar sudah. Lagi lama lagi sedap, ok. Simpan dalam fridge.


Bila mau goreng, pecahkan telur sebiji & gaul rata.


Sediakan Bahan B and celup ayam dalam tepung.


Golek2 kan ayam & make sure semua tercover oleh tepung.


Sambil2 golek2 ayam tu, boleh la panaskan minyak dalam kuali untuk deep frying. Sy pakai periuk rice cooker lama untuk deep frying... Goreng ayam dengan daun2 kari tu sekali sehingga ayam masak. Warna golden brown. Time goreng ni, memang wangi 1 rumah oleh daun kari & ayam marinade tu.


Ok, ini lah hasilnya. Memang wangi, crispy di luar & juicy di dalam. Paling best, berjaya masak ayam goreng sedap & dijamin kebersihannya. Yass! Selamat mencuba. ✌️

Comments