Resepi Masak Asam Pedas Ikan Siakap



Bahan-bahan 

  • 1 ekor ikan siakap - cuci bersih dan potong 3 (boleh ganti dengan ikan jenis lain jugak) 
  • 3 ulas bawang merah * 
  • 1 inci kunyit hidup * 
  • 1/2 inci lengkus muda * 
  • 4 biji cili padi merah * 
  • 1-2 sudu besar cili kering mesin (rebus cili kering dan blandkan) 
  • 1 kuntum bunga kantan 
  • 10 tangkai daun kesum - ambil yang lembut je 
  • 1-2 keping asamkeping 
  • 3 cawan air 
  • sedikit gula, garam dan aji - sebagai perasa 


Cara-cara 

  • Tumbuk atau kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *. 
  • Dalam periuk masukkan air dan bahan-bahan yang dikisar tadi beserta dengan asam keping, cili kering, bunga kantan dan daun kesum. Masak hingga mendidih. 
  • Kemudian masukkan ikan. 
  • Perasakan sesedap rasa, biar ada rasa masam yang sedikit menyerlah. 
  • Masak dengan api perlahan agak isi ikan masak sekata dan tidak hancur. 
  • Masak sekita 8-10 minit saja kerana isi ikan siakap lembut dan cepat masak. 
  • Padamkan api. Siap..SEDAPPP...


Sumber Resipi : Ilham Dapur 

Comments