Resepi SUP IKAN Sutera Merah



Bahan - Bahan Nya :-

  • 1/2 Kepala Ikan Merah (dicuci dengan asam jawa bagi menghilangkan bau hanyir)
  • 2 Ulas Bawang Putih Dimayang
  • 1 Inci Halia Dimayang
  • 2 Ulas Bawang Merah Dihiris
  • 5 Biji Cili Padi Dimayang
  • 2 Sudu Besar Minyak Masak
  • 1 Sudu Teh Garam
  • 1/3 Sudu Teh Jintan Manis
  • 1/3 Sudu Teh Jintan Putih
  • 2 Inci Kayu manis
  • 1 Kuntum Bunga Lawang
  • 2 Kuntum Bunga Cengkih
  • 2 Biji Buah Pelaga
  • Sedikit Daun Sup dan Daun Bawang
  • Air Yang Secukupnya

Cara - Cara Penyediaan :-
  • Panaskan periuk terlebih dahulu. Tumiskan bawang putih, halia, bawang merah dan cili padi sehingga naik bau.
  • Kemudian masukkan jintan manis, jintan putih, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis dan bunga cengkih.
  • Tumis sehingga kekuningan. Masukkan sedikit air dan garam.
  • Masukkan kepala ikan. Tunggu sehingga mendidih.
  • Setelah api di tutup barulah dimasukkan daun bawang dan daun sup.

Amboi Media Network

Comments