RESIPI NASI ARAB HADRAMAWT


RESIPI NASI ARAB HADRAMAWT
*******************************************
Jangan lupa SHARE ya! :) :) :)

Bahan bahan:

🔸2 ekor ayam - potong 2 atau 4
🔸5 cawan beras basmathi - basuh dan tos
🔸Air secukupnya (1 1/2 - 2 cawan bagi setiap cawan beras)
🔸1 biji tomato masak - potong
🔸2 labu bawang besar - potong bulat
🔸2 biji lada hijau - potong 2-3
Rempah rempah (bahagi 2 bahagian - rebus & tumis):
🔸5 biji buah pelaga
🔸2 helai bay leave
🔸3 batang kulit kayu manis
🔸5 bunga cengkih
🔸1/2 sb serbuk ketumbar
🔸1/2 sk serbuk lada hitam
🔸1/2 sb serbuk jintan putih
🔸1/2 sb serbuk zaffaran (kuning)
🔸2 sb serbuk mellah farolah ( tak letak)
Minyak masak/minyak jagung/olive

Cara Masak Nasi:

🔹Sukat air dan rebus sehingga mendidih. Masukkan ayam, 1 labu bawang besar, tomato, separuh dari rempah rempah di atas. Kacau rata. Tutup periuk dan masak selama 1/2 jam.
🔹Keluarkan ayam dan susun dalam bekas. Ketepikan air rebusan dan keluarkan rempah dari air rebusan.
🔹Masukkan rempah yang digunakan dan baki rempah yang selebihnya ke dalam periuk. Masukkan 1 labu bawang besar dan cili hijau.
🔹Kemudian tuangkan minyak ke dalamnya dan goreng sampai bawang menjadi kekuningan.
🔹Tuangkan bahan yang digoreng ke dalam air rebusan ayam tadi. Masukkan garam secukupnya dan biar sehingga air mendidih.
🔹Masukkan beras ke dalam air rebusan dan pindahkan ke dalam rice cooker.
🔹Masukkan sedikit saffron yang dikacau dengan sedikit air dan masak lah seperti biasa.
🔹Bila nasi hampir masak, titiskan lagi saffron yang dikacau dengan sedikit air secara bentuk X. Biarkan seketika sebelum dikacau nasi rata rata. Saya letakkan juga beberapa titis pewarna kuning.
Siap untuk dihidangkan. :)
kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika anda pemilik asal resepi ini mohon pm admin untuk dimasukkan nama anda sebagai owner asal resepi..terima kasih 

Comments