RESEPI MASAK LEMAK CILI PADI IKAN MERAH


BAHAN-BAHAN :
  • 3 keping ikan merah
  • 5 biji cili padi kampung
  • 1 inci kunyit hidup
  • Santan secukupnya
  • Garam
  • Asam keping



CARA-CARA :
  • Kisar cili padi dan kunyit hidup dengan menggunakan sedikit santan sehingga hancur. 
  • Panaskan bahan kisar dengan santan menggunakan api perlahan sambil terus dikacau sehingga hampir mendidih.
  • Masukkan ikan dan terus kacau sehingga ikan masak dan masukkan garam serta asam keping. 
  • Sesuaikan rasa dan boleh lah ditutup api.


SUMBER: Puteri Nurfahana

Comments