Resepi Mee Udang


MEE UDANG

Bahan-bahan:
  • 1 kg mee kuning
  • 500 gram udang saiz besar
  • 4 sb lada kering kisar
  • 4 biji bawang merah dikisar
  • 3 ulas bawang putih dikisar
  • 1 sb udang kering - rendam, tos dan kisar
  • 1/2 inci halia kisar
  • 2 sb sos tomato
  • 1 sb sos cili
  • 1 sb petis
  • 2 biji keledek kuning/kentang - rebus dan lenyek lumat
  • gula
  • garam
  • taugeh - celur, toskan
  • sawi - celur, toskan
  • 2 keping tauhu - goreng, dadu kecil
  • 3 biji telur - rebus, potong 2
  • bawang goreng
  • daun bawang - hiris
  • 3 batang cili merah - hiris
  • 3 biji limau kasturi - potong 2

Cara-cara:

  • Rebus udang hingga masak... tapis keluar udang n asingkan.. Air rebusan jgn buang....
  • Tumis lada boh hingga garing... Kisar bahan bertanda *... Tumis lak bahan kisar.... hingga betul garing n naik bau....
  • Masukkan air rebusan udang.. biar kuah mendidih... Masukkan sos tomato, sos cili n petis... Renehkan kuah
  • Masukkan garam n gula... bergantung pada citarasa masing.... Adalah lebih baik kalau kuah ni direneh lebih lama.... Lagi lama lagi sedap....
  • Letak keledek/kentang yg tlh dilenyek utk memekatkan kuah... Tapi kuah ni dah cukup pekat sbb ada letak sos... so depend masing2lah eh...
  • Celur mee, taugeh n sawi.... Masukkan udang yg telah direbus tadi... tuang kuah n taburlah dgn daun bawang, bawang goreng, hirisan lada merah, potongan tauhu goreng dan telur rebus. Perahkan jus limau kasturi kalau suka.
  • Makanlah dengan kuah yang banyak baru umph.:))
sumber: Pesan Bonda

Comments