Resepi Piza Roti Paratha Terbaik Step by Step


Kini semua orang boleh menyediakan pizza tanpa uli pizza. Hah! Macamana tu?
Jom kita tengok resipinya.
Dengan menggunakan roti paratha segera, resipi ini boleh membantu anda berjimat makan di luar apabila boleh disediakan di dapur sendiri.
Anak anak memang sukakan pizza.
Ok.. Nanti share resipi ini di wall anda supaya orang lain dapat idea buat pizza mudah dari rumah. Kita sama sama sebarkan manfaat.
sumber: Rafiza Idayu


Nasib baiklah bahan bahan memang dah stanby di dapur. 

6 sahaja bahan bahan mudah buat pizza ekspress.

1. Roti Paratha Segera brand Fatihah (frozen)
2. Sos Spagetti segera brand Kimball
3. Sosej brand Ramly dihiris nipis
4. Nenas
5. Bawang holland dipotong dadu
6. Keju Mozarella



3 jenis topping sahaja.

Kita ikut style dominos pizza. Topping tak perlu
banyak jenis. Itulah yang menyebabkan sesuatu topping pizza menyerlah rasa dia.


Sapukan sedikit minyak di atas loyang untuk elak melekat semasa dibakar.


Keluarkan base pizza kita. 

Ini ngelat namanya😉. Tak apalah, zaman sekarang nak mudah, tetapi nak nampak hebat hasilnya. 

Gitu!


Keluarkan plastik lapik Roti Royale Paratha brand Fatihah ini. 

Tanggalkan ketika masih beku sebaik keluar dari peti sejuk. Jika lambat, bimbang melekat plastik dengan roti paratha tersebut.


Kemudian paratha susun atas loyang. Sapu sos spageti ke atasnya.

Sementara itu panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius. Api atas bawah.


Jika ada pembantu cilik mahu hulurkan bantuan, redha sahajalah.

Kita beritahu nak buat bagaimana.

Saya memang syorkan anak anak turut serta dalam aktiviti di dapur. Dari kecil kita dah latih anak anak kita tentang bantu membantu. 

Taklah anak kita membesar nak jadi diva lah sangat.


Kemudian letakkan mozarella cheese.

Mozarella berfungsi untuk melekatkan topping dengan base pizza.




Susun sosej di atas lapizan mozarella.

Jika guna ayam atau daging, sebaiknya masak dahulu hingga separa masak.




Kemudian ditambah dengan potongan nenas dan bawang holland.

Boleh gantikan dengan capsicum atau cendawan butang.




Kemudian taburkan lagi dengan mozarella cheese.

Nak tambahkan cheddar cheese boleh juga. Cheddar cheese tak ada effect tarik seperti mozarella tetapi rasa cheddar cheese lagi sedap dari mozarella.




masukkan dalam oven. Letak ditengah tengah menggunakan api atas bawah. 

Masak selama 20 minit.

Boleh guna suhu 170 atau 180 darjah.

Suhu rendah sedikit tetapi kita panjangkan masa pembakaran. Jadi base paratha itu akan masak sempurna.

Jika guna suhu tinggi 200 darjah, nanti mozarella cheese akan berbuih buih. dikhuatiri juga bahan topping kurang masak.

Lagi satu bergantung kepada oven juga. Lain brand, lain oven lain karenahnya.




Siap dah pizza overdose kita.😄😄😄

Mana taknya overdose.. Sampai melimpah keluar dari base pizza. 

Makan sendiri tak apa ye.


Hah gituu... Yang best masa tarik pizza tersebut.

Comments