Rendang ayam kampung kayu api (tanpa tumis)


Oleh-Murni Rahmat
Baru siap.. ayah sembelih 2ekor ayam kampung.. Masak rendang basah guna dapur kayu je.. Makan dgn nasi impit..
Kulit ayam tu sengaja buang,biar lembut..
Mak takdak gigi 😁😁
Rendang ayam kampung kayu api (tanpa tumis)
Bahan kisar;
  • Serbuk kari 1 sudu,
  • Bawang besar 3bj,
  • Bawang putih 1 labu,
  • Halia n lengkuas 2 inci,
  • Cili api 10bj, klu suka pedas blh lebihkan,
  • Cili kering 10bj, pun blh adjust sendiri,
  • Kelapa parut 1 cawan dikisar halus, sy x pkai kerisik,

Cara-Cara
  • Rebus ayam kampung dgn air yg byk,
  • Bila ayam da lembut,masukkan bahan2 kisar,biarkan sampai mengering,
  • Lepastu masuk santan cair dan air asam jawa,reneh smpai ayam lembut dan kuah menyejat.. Sampai pecah minyak..
  • Bila kuah da kering,boleh masuk santan pekat,serai ketuk, daun kunyit dan perasakan dgn garam dan gula.. Waktu ni masak dgn api perlahan,biar rendang mereneh dan mengering ikut selera masing2,kalau sy, sy lebih suka rendang saya basah.. Sedap mkn dgn nasi impit..

Comments