RESPI: KUNG PAO CHICKEN.
BAHAN - BAHAN DIPERLUKAN:
- 2 keping daging Dada Ayam, dibuang kulit (Chicken Breast). Dibersihkan dan dipotong dadu bersaiz 10cm.
- 3 sudu besar kacang goreng atau gajus goreng (beli pun boleh).
- 8 tangkai cili kering, dipotong dua dan dibuang biji.
- 5 hiris halia (sebesar kuku jari).
- 3 ulas bawang putih dihiris halus.
- 1 pokok daun bawang/ leek dihiris halus.
- 1 sudu besar tepung jagung.

Bahan-Bahan untuk perap untuk gorengan daging ayam:
- 1 sudu besar tepung jagung.
- 1 sudu kecil tepung beras (tepung beras paling terbaik untuk menyerap kelembapan isi ayam dan tepung jagung untuk daging ayam tidak melekat diantara satu sama lain).
- 2 sudu kecil kicap cair/ mamak haji gunakan kicap maggie.
- 1 sudu kecil sos ikan - utk asinan.
- 1 tsp minyak untuk isi ayam tidak melekat pada kuali.
- 1/2 jus limau nipis / lemon.

Sos Kung Pao Chicken.
- 1 dan 1/2 sudu besar kicap Cair.
- 1 tsp kicap pekat mee.
- 1/2 sudu kecil jus lemon.
- 1/2 sudu kecil serbuk lada putih.
- 1 kiub stok ayam segera.
- 1/2 sudu kecil gula.
- 1 sudu kecil tepung jagung (ikut kepekatan kuah yang anda kehendaki).
- 3 sudu besar air (terpulang pada kepekatan kuah yang diperlukan).

CARA GORENG KETULAN AYAM:
1. Perapkan selama 15-20 minit. Goreng ketulan ayam dengan tidak terlalu garing tetapi cuma ketulan ayam itu biar masak dalam 70 peratus.
2. Keluarkan ketulan ayam dan hindarkan minyak berlebihan (menggunakan kitchen towel) dan asingkan.
CARA PENYEDIAAN AYAM KUNG PAO:
1. Panaskan kuali, masukkan minyak 2 sudu besar. Bila minyak panas, masukkan cili kering yang dipotong 3 bahagian. (cili ini boleh ditambah mengikut kepedasan yang diperlukan). Garigkan cili di dalam minyak panas tetapi jangan sampai terbakar hitam. Kecilkan api dapur. Keluarkan cili garing dari kuali dan asingkan. Tapis biji cili.
2. Masukan bawang putih yang dihiris dan ikuti dengan halia hiris.
3. Masukkan sos yang telah disediakan diatas dalam kuali tanpa bancuhan tepung jagung. Masukkan ayam yang telah digoreng 70 peratus yang telah sediakan. Tentukan daging ayam ini dimasak cuma beberapa minit sahaja.
4. Masukkan kacang Tanah yang tersedia goreng (kalau kacang tanah siap telah goreng dibeli jangan lupa basuh kacang yang dibubuh garam itu) dan cili kering yang telah sediakan.
5. Akhir sekali masukkan campuran air dan tepung jagung ke dalam kuali. Biasanya dalam sukatan 1 sudu besar tepung jagung dengan 3 bahagian air. Kepekatan kuah adalah bergantung kepada anda...kalau ingin pekat tambahkan lagi campuran tepung jagung dan air.
6. Semasa masuk campuran tepung jagung perlu kacau serata supaya ia tidak bergentel. Dalam beberapa minit Kung Pao Chicken anda sudah sedia. Jangan masak lama sangat kuahnya, sekadar satu mendidih kuah sudah memadai. Taburkan hirisan bawang di atas hidangan. Selamat Mencuba.
Comments
Post a Comment