Cuma 30 Minit Masak Untuk Iftar & Sahur, Supermom Patut Tahu Rahsia Ini


Sebenarnya tak susah pun nak masak setiap hari untuk keluarga tersayang, tetapi mak-mak kena ikut cara ini. Tip ini memang memudahkan kerja anda di dapur, jom tiru cara cepat di dapur seperti Puan Asrimah Bakri ini...


Dalam Peti WAJIB Ada Pes ini:


1. Sambal tumis bilis
2. Pati asam pedas
3. Pes rendang ayam
4. Pes tomyam merah
5. Pes tom yam putih
6. Pes kari ayam+ ikan
7. Pes sup ayam + ikan+ daging


RESEPI SAMBAL TUMIS



Bawang besar 2 biji
Bawang besar 2 biji(hiris bulat)
Bawang putih 5 ulas
Cili kering 4 genggam(potong,rebus,basuh,kisar)
Asam jawa,garam,gula,perasa.


CARA:

  1. Tumis semua serentak sampai pecah minyak dan naik bau, masukkn asam jawa, garam, gula, perasa dan hirisan bawang.(seimbangkn rasa)
  2. Bila dah siap, bekukan dan bila nak makan unfreeze, goreng bilis, masukkan sambal tumis.


PES ASAM PEDAS



Bawang besar 3 biji
Bawang putih 6 ulas
3 inci halia
2 batang serai tetak
Seikat daun kesum
1 sudu besar halba (sejenis herba rupa mcm biji jambu batu)
Cili kering 4 genggam (potong, rebus, basuh, kisar)
Asam jawa, garam, gula, perasa.


CARA:

  1. Panaskn minyak, masukkn halba, serai dan terus tumis lada sampai pecah minyak dan naik bau, masukkn pati asam jawa, garam, gula, perasa dan daun kesum. Masak dalam 3 minit lagi.
  2. Siap, bekukann. Bila nak makan unfreeze, masukkn ayam/ikan, bendi ke tomato ke, air asam lagi (nama pun asam pedas, mestilah masam baru kaw)


PES TOM YAM MERAH



Bawang Merah 10 biji
Bawang besar 5 biji
Bawang putih 5 ulas
Segengam cili kering (tak perlu rebus, terus masukkan dalam blender)
Cili Api 10 biji (optional)
Lengkuas 1 inci
halian 3 inci
Serai 5 batang
Daun limau purut 5-6 helai

NOTA: blender semua bahan diatas
5 biji Air limau purut/( semasam yg anda mahu)
Sos ikan(nam pla)


CARA:

  1. Tumis semua bahan blender. Bila dah naik bau dan pecah minyak, baru masukkan air limau purut, nam pla, garam, gula dan perasa 1 sudu (saya guna maggie cukup rasa ganti kiub).
  2. Siap, bekukann. Bila nak makan unfreeze, didih air dalam periuk, masukkan ayam/daging/seafood ke, sayur-sayuran, tabur daun ketumbar (wajib).
Tip Masak: Kalau nak tomyam yang betul-betul pekat, blender tomato jadi pes masukkn dalam tomyam.

NOTA: Kalau nak tonyam kungfu masukkn susu pekat FN 3 sudu.

PES TOM YAM PUTIH



Bawang Merah 10 biji
Bawang besar 5 biji
Bawang putih 5 ulas
Cili Api 10 biji (tetak)
Lengkuas 1 inci
halia 3 inci
Serai 5 batang
Daun limau purut 5-6 helai

NOTA: blender semua bahan diatas
5 biji Air limau purut/ (semasan yg anda mahu)
Sos ikan (nam pla)


CARA:

  1. Tumis semua bahan blender. Bila dah naik bau dan pecah minyak, baru masukkan air limau purut, nam pla, garam, gula dan perasa 1 sudu (saya guna maggie cukup rasa ganti kiub).
  2. Siap, bekukan. Bila nak makna unfreeze, didih air dalam periuk madukn pes dan masukkn ayam/daging/seafood ke, sayur-sayur, tabur daun ketumbar(wajib). siap!
NOTA: Kalau nak tomyam kaw masukkn susu pekat FN 3 sudu.

RENDANG AYAM



Bawang besar 5 biji
Bawang kecil 10 biji
Bawang putih 6 ulas
Halia 3 inci
Lengkuas 2 inci
Kunyit hidup 2 inci (optional)
6 batang serai
2 gengam Cili kering (tak perlu rebus, masuk terus dalam blender)
Santan 2 kotak harmoni
Daun kunyit dan daun limau purut hiris halus.


CARA:

  1. Blend & tumis semua di atas sampai pecah minyak dan naik bau. Masukkan santan, garam, gula, perasa, daun limau purut dan daun kunyit.
  2. Siap, bekukann. Bila nak makan unfreeze, ambil pes masuk dalam kuali, masukkn air secawan, masukkn ayam, masak sampai kering dan ayam empuk.


PES SUP



Bawang besar 5 biji
Bawang kecil 10 biji
Bawang putih 6 ulas
Halia 5 inci
6 batang serai
6 sudu besar Rempah sup faezah

NOTA: blender semua bahan

REMPAH 5 SEKAWAN (optional)


CARA:

  1. Panaskan minyak, masukkan rempah 5 sekawan (saya tak guna sebab lebih suka light sup). Then masukkan bahan blender tumis semua di atas sampai pecah minyak dan naik bau, rempah sup yang dibancuh dengan sedikit air, tumis lagi 2 minit, garam, gula, perasa.
  2. Siap, bekukan. Bila nak makan unfreeze, ambil pes masuk dalam kuali, masukkn air seperlunya, masukkn ayam, sayur-sayuran.


PES KARI


Bawang besar 5 biji
Bawang kecil 10 biji
Bawang putih 6 ulas
Halia 5 inci
6 sudu besar Rempah kari daging faezah pek kuning.
blender semua bhn

REMPAH 5 SEKAWAN (optional)

1 sudu halba


CARA:

  1. Panaskan minyak, masukkan rempah 5 sekawan, halba. Then masukkan bahan blender tumis semua di atas sampai pecah minyak dan naik bau, rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air, tumis lagi 2 minit, siap.
  2. Siap, bekukan. Bila nak makan unfreeze, ambil pes masuk dalam kuali, masukkn air dan asam jawa seperlunya, masukkan ayam, sayur-sayuran.

- http://www.mingguanwanita.my

Comments