Resepi Ayam Madu, Boleh Niaga Pasar Ramadan

Resepi Ayam Madu Lelehh utk berbuka paling sedap!!!
.
BAHAN-BAHANNYA:
  • 6-7 ketul kepak ayam (atau bahagian lain mengikut pilihan anda)
  • 5 sudu besar sos tiram
  • 5 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos barbeku (jika mahu)
  • 2cm halia | ditumbuk halus
  • 4-5 ulas bawang putih | ditumbuk halus
  • Madu secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAKNYA:
1. Rebus ayam seketika. Ketepikan.
2. Satukan semua bahan untuk membuat sos perapan. Kemudian perap ayam selama ½ jam atau lebih.
3. Kemudian panggang tp kalau nak goreng pun boleh. sehingga masak.
4. Oleskan madu pada ayam yang sudah siap dipanggang atau digoreng.
Sos perapan memudahkan ayam untuk hangus jika digoreng terlalu lama. Sebab itulah, sebaiknya rebus seketika ayam anda.

Bagi mengelak daripada terkena minyak panas ketika menggoreng ayam, tutup kuali.
Siap! Boleh makan berbuka dan bersaho!

Comments